Sabtu, 31 Disember 2016

Bayar PTPTN tanpa caj melalui JomPAY

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Bulan ni aku convert pinjaman konvensional PTPTN aku kepada pinjaman ujrah lepas aku kena blacklist CCRIS dan juga imigresen. Sebelum aku convert tu, hutang aku berjumlah RM106k lebih kurang. Macam beli rumah pulak kan. Hihi. So, jangan la jadi macam aku. Kalau ada hutang PTPTN tu, bayar la cepat-cepat. Skang ni aku buat potongan gaji sebanyak RM410 sebulan selama 312 bulan atau 26 tahun. Kalau nak cerita daripada awal memang panjang la jawabnya. Nanti aku akan buat post khas pasal PTPTN ni. 

Tapi untuk post ni aku akan cite pasal bayar pinjaman PTPTN tanpa caj melalui JomPAY. Nak tau lebih lanjut pasal JomPAY? Tanyalah pakcik Google.. Tak pun terus klik logo JomPAY kat bawah ni.


Logo JomPAY

Memang aku buat potongan gaji untuk bayar pinjaman PTPTN aku, tapi proses untuk membuat potongan gaji yang pertama-tama kali nye tu ambik masa 3 bulan. So, bayaran untuk bulan Disember ni kena buat manual lah. Aku malas nak gi cawangan terdekat sebab konfem2 kena tunggu lamanya. Aku ambik keputusan nak buat bayaran secara online sahaja. Tak payah nak habiskan masa dan duit minyak moto aku. hahaha.

Untuk buat bayaran online ada beberapa cara la jugak. Nak tau cara-cara bayar PTPTN secara online, klik di sini. Kalau buat direct transfer ada la caj-caj yang dikenakan seperti jadual kat bawah ni. 


Caj Bank PTPTN

Walaupun tak seberapa cajnya tapi kalau dapat free of charge (FOC) lagi bagus kan. Rupa-rupanya ada satu lagi pilihan untuk bayar secara online ni iaitu guna JomPAY. Untuk lihat bank-bank yang menyokong pembayaran melalui JomPAY ni, klik di sini.

Kat bawah ni aku share kan step-step guide macam mana nak bayar guna JomPAY melalui CIMB Clicks. Bank-bank lain boleh jugak, tapi sebab gaji aku masuk CIMB aku pakai CIMB Clicks ler.

1) Dapatkan Biller Code dan Ref-1. Klik di sini.


JomPAY PTPTN
Macam ni la rupanya. Masukkan No KP dan tekan CARI



Pinjaman Ujrah JomPAY
Bila dah tekan CARI, keluar macam ni

2) Log in ke CIMB Clicks.

3) Klik menu Pay dan klik Bills
CIMBClicks

4) Bila keluar menu macam kat bawah ni, pilih akaun mana untuk pembayaran tu sama ada akaun kad kredit, akaun simpanan atau akaun semasa. Semua boleh, janji ada duit.. hihi. Pastu tick kat JomPAY dan masukkan Biller Code tadi dan tekan 'Enter'.

CIMBClicks

5) Lepas tekan 'Enter' tadi, akan keluar dialog box camni. Kat Ref-1 tu isi balik nombor Ref-1 yang dah dapat tadi. Ref-2 tu isi nombor telefon korang. Kalau nak jadikan transaksi ni sebagai 'My favourites' biller, boleh tick kat ruangan yang kena tick tu dan masukkan Biller Nickname, contohnya JomPAY PTPTN. Lepas tu klik Proceed to Payment.

CIMBClicks

6) Lepas tekan 'Proceed to Payment' tu, akan keluar payment summary camni. Masukkan kod TAC dan tekan 'Confirm'.

CIMBClicks

7) Tarraa! dah siap bayar. Terima kasih PTPTN bayar aku nye tuition fee dulu. hihi.

CIMBClicks

Sekain. Adios.


BACA:



29 ulasan:

  1. Balasan
    1. Terima kasih. Semoga bermanfaat.

      Padam
  2. Really Helpful. Thanks

    BalasPadam
  3. Salam Bro, eekcelinya masa belajar dulu pinjam berapa K total dgn PTPTN? 106K tu ialah duit yang masuk dari ptptn zaman belajar or dah campur2 tunggakan late charges bagai tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Jumlah pinjaman lebey kurang RM85k.

      Padam
  4. salam bro..nak tny kalau kita ada amik loan masa dip n degree nk select mcm mna ye?sbb dia ada bg 2 choice..dh buat penggabungan sbb sng nk bayar 1 accnt je..tp mcm ni ke buat mcm mna?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Maknanya ada 2 nombor Ref-1? Kalo ada 2 nombor Ref-1 better buat dua kali pembayaran. Better konfem balik ngan PTPTN. Ada member bayar lump sum (bank in) tapi tiba-tiba kena black list CCRIS. Rupa-rupanya bayaran lump sum yg dia buat tu cover pinjaman degree je.

      Padam
  5. TERIMA KASIH..BARU JUMPA YG TUNJUK TEP BY STEP. GOOD JOB.

    BalasPadam
  6. Assalammualaikum..wahh tbaekk..tq utk infonya...banyak juga pinjamannya tu..xpa slow2 bayar ye jnji byr kan..hihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam bro...Tq.... ini betul2 faham....terbaiklah

      Padam
    2. Tq bro.. lepas buat potongan gaji ni rasa lega. dah tak serabut kepala. haha.

      Padam
  7. Assalamualaikum bro. Thanks atas info. So jompay pilihan ok kalau tak nak ada kena charge apa2 lah kan

    Nak tanya. Biller code dengan ref-1 ni memang fix nombor tu je kan? Ke next time kena key in nombor lain pula?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam bro. Haah Jompay memang tak kena caj apa2. Setakat ni Biller code n Ref-1 memang tak berubah. Tp kalo nak play safe, tiap kali nak bayar tu boley check lagi sekali.

      Padam
  8. Salam bro. Thanks atas info.

    Nak tanya, bila kita dah bayar kt JomPay, macam mana nak tahu dia dah receive ke belum? Bila pihak ptptn akan update yg kita dah bayar n kt mana nak check?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam bro. Boleh call ptptn careline 03-21933000. Atau boleh check penyata online kat https://www.ptptn.gov.my/penyatapinjaman/index.html. Tp tunggu at least 3-7 hari bekerja untuk diaorang update payment tu.

      Padam
  9. aq da pening dengan benda nihhh

    BalasPadam
  10. nak taye jompay ni bile dah buat sekali die mmg automatik akan bayar sendiri ke?. means auto debit ke? tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni bukan auto debit. One-off payment. Tiap2 bulan kena buat kalo memang bayar manual.

      Padam
  11. Nak tanye, Step by step JomPay untuk affinOnline ade x bro?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sori bro. Tak pernah pakai AffinOnline..

      Padam
  12. Terbaik bro, sangat membantu. Step by step yang ringkas dan jelas

    BalasPadam
  13. Salam bro... nak tanye... camane klu nk tukar kpd ujrah? kene bayar separuh ke dr jumlah pinjaman? leh share info x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. Kalo ikut yang sebetulnya, kena bayar 50% daripada tunggakan bukan 50% daripada jumlah pinjaman. Tapi still boleh nego ngan ptptn. Ikut kemampuan kita. Tp dia akan mintak slip gaji atau epf statement dsbgnya.

      Padam