Khamis, 22 Disember 2016

Pengalaman tak best dengan Lazada / Skynet - Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Kali aku nak cite pasal bad experience aku ngan Lazada / Skynet. Aku dah start guna Lazada ni untuk beli barang sejak tahun 2013 lagi. Dan barang pertama yang aku beli ialah handphone Alcatel OneTouch Idol X, hadiah besday bini aku. Sejak 2013 tu dah banyak barang aku beli kat situ. Kenapa? Sebab kadang2 harga dia lagi murah daripada beli kat kedai biasa lepas tolak diskaun / voucher.

Nak dijadikan cerita, 2 minggu lepas Lazada ada buat sales. So kebetulan aku tengah cari aircond nak letak dalam bilik aku. Lepas dok survey2, aku pun orderlah aircond brand York, Inverter 1.5HP. Harga tu agak berbaloi la jugak.

Lazada tracking
Ni aku nyer order dan delivery sepatutnya by 21/12/2016

Seller kat Lazada tu pakai Skynet dan dia hantar barang tu pada 15/12/2016. Barang tu Skynet hantar ke Subang Jaya Hub pada 16/12/2016. Dan sampai sekarang kat situ lah aircond aku bermukim. Aku cakap bermukim sebab dah 5 hari ada kat situ. haha.

Skynet tracking
Tengok lah sendiri berapa lama aircond tu bermukim kat Skynet Subang Jaya Hub


So, aku buat la komplen kat Lazada. Walaupun Skynet yang bermasalah tapi aku komplen jugak kat lazada sebab Skynet ni shiping partner Lazada. Tapi bila Lazada reply kat aku, jawapan nye cam haram.

Lazada email
Emel yang aku bagi kat Lazada (cakap omputih gitu)

Lazada email
Ni pulak jawapan Lazada

Aku tahu lah item tu dah shipped out. Yang aku tanya kenapa lambat sampai. Takpe lah. Aku bersangka baik je lah. Mungkin dia baru masuk kerja hari ni. So takde pengalaman sangat. kihkihkih. Padahal hati dah panas. Aku hantar ler jugak emel kat Skynet.

Skynet email
Emel ke Skynet (Speaking jugak)

Skynet email
Ni jawapan Skynet

Tapi seperti yang dijangkakan, sampai lah aku publish post ni, aircond aku tak sampai2. Last option yang aku ada, buat komplen kat SKMM. Tapi belum ada feedback lagi. Tunggu next post ye..


4 ulasan:

  1. salam..saya pon experienced problem yang sama..pos pada 30/12/2016 sampai sekarang 28/1/2017 belum sampai..lost almost 1k :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. baik buat report ke SKMM dengan segera.

      Padam
  2. saya pon sama.. im a student.. post important thing to used.. pos laju usually just take 2 days... but here i am waiting 2 weeks.. soo dissapointing.. it is not that we post it for free... untill now im still waiting... mnguji tahap kesabaran...

    BalasPadam