Ahad, 31 Disember 2017

Facebook Page Sowogopakmo

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Bagi memudahkan sesape (kalo ade le.. hihi) yang nak update terkini pasal blog ni, boleh like facebook page ni. Klik je gambar kat bawah.

Facebook Page Sowogopakmo

Terima kasih daun keladi.

Adios.


Sabtu, 22 Julai 2017

Penggunaan bateri Nissan Grand Livina 1.8

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Last sekali aku tukar bateri Cik Ina ni hujung tahun lepas. Aku pakai bateri Yokobatt MF. MF tu maksudnya 'Maintenance Free', korang tak payah susah2 nak check air bateri dan tak payah susah2 jugak nak top up air bateri. Dalam bateri MF ni still ada air bateri. Tapi ada jugak yang dok panggil bateri MF ni bateri kering. Salah kot!

Bateri Yokobatt MF
Kotak bateri Yokobatt MF

Bateri Yokobatt MF
Bateri Yokobatt MF

Sebelum aku cite pasal penggunaan bateri Cik Ina ni, aku nak cite dulu pasal jenis bateri yang diguna pakai. Cik Ina pakai bateri NS60L atau nama lain nya 46B24L. NS60L ni kalo tak silap aku ialah nama lama dalam Japanese Industrial Standard (JIS). Bila dia revise standard tu, NS60L ditukar jadi 46B24L. Kalo salah tolong btolkan. Kepala bateri Cik Ina jenis yang kecik nye dan terminal negatif di sebelah kiri. Sebab tu ada huruf 'L' kat belakang nama model bateri tu yang bermakna 'Left'.

Perbezaan terminal bateri
Terminal negatif sebelah kiri
(Sumber gambar: http://www.theautomotiveindia.com)

Bateri Yokobatt MF ni adalah bateri yang ke lima aku pakai sejak aku pakai Cik Ina pada tahun 2011. Hampir setahun sekali kot aku tukar. Haha. Bateri yang pertama sekali, sudah semestinya bateri yang datang daripada kilang iaitu bateri GS Plus One, dibuat oleh Siam GS Battery Co Ltd Thailand. Bateri ni memang kena check dan topup air nya selalu. Bateri ni tahan lebih kurang setahun dua bulan. Ngam2 waranti abis terus dia kong. Rasa nya sebab aku jarang topup air bateri tu kot.

Bateri GS Plus One
Bateri GS Plus One

Lepas bateri asal daripada kilang tu kong, aku tukar ke bateri GP Atlas MF. Aku beli dengan harga RM180 (2012) lepas tolak bateri lama. Aku beli kat kedai servis air cond & bateri. Bateri ni pulak tahan lebih kurang setahun empat bulan.

Bateri GP Atlas MF
Bateri GP Atlas MF

Lepas tu aku tukar pulak ke bateri Panasonic MF kat kedai yang sama. Harganya RM190 (2013) lepas tolak bateri lama. Bateri ni bertahan selama setahun enam bulan.

Bateri Panasonic MF
Bateri Panasonic MF

Bateri seterusnya yang aku pakai adalah Century Marathoner MF. Harganya RM165 (2014) lepas tolak bateri lama. Rasanya bateri ni aku beli ngan Bateriku.Com. Diaorang datang rumah siap pasang. Bateri ni perform selama dua tahun dua bulan. Not bad la kan.

Bateri Century Marathoner MF
Bateri Century Marathoner MF
(Sumber gambar: http://centurybattery.com.my)

Last sekali macam aku bagi tau kat atas tu, aku pakai bateri Yokobatt MF. Harganya RM160 (2016) lepas tolak bateri lama. Aku beli kat kedai tayar & bateri. Harap2 nya boleh bertahan lama jugak la kan. Ada orang cakap bateri lama better gi jual sendiri kat kedai besi buruk / recycle, boleh dapat harga tinggi daripada tolak kat kedai bateri. Tapi aku malas nak pergi cari kedai besi buruk nih. Tolak kat kedai bateri je la senang.

Boleh rujuk table kat bawah ni untuk penggunaan bateri sepanjang aku pakai Cik Ina ni. Lagi senang nak hadam.

Jadual penggunaan bateri
Jadual penggunaan bateri Cik Ina

Tu je la kot aku nak share. Ini hanyalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. Tak bermakna bateri yang aku pakai tu tak tahan lama bermakna bateri tu tak elok. Mungkin orang lain pakai boleh tahan lama sehingga dua atau tiga tahun. Jangka hayat bateri ni juga bergantung kepada cara penggunaan alat-alat elektrik atau elektronik dalam kereta kita. So, jangka hayat bateri ni memang subjektif, tak sama untuk semua orang. Nak tau tip2 penjagaan bateri kereta boleh tanya pakcik Google, dah ramai yang share.

Adios.
 

POST YANG BERKAITAN:

1. Penapis minyak / oil filter untuk Nissan Grand Livina 1.8
2. Automatic Transmission Fluid (ATF) untuk Nissan Grand Livina 1.8
3. Palam Pencucuh / Spark Plug untuk Nissan Grand Livina 1.8


Khamis, 20 Julai 2017

Mohon bantu Mohd Hafiz yang terlantar sakit akibat dilanggar lori

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Saudara Mohd Hafiz Yaacob, 33, sudah terlantar lebih sebulan akibat dilanggar lori semasa menunggang motosikal di lebuhraya PLUS. Setakat ini Mohd Hafiz tidak boleh bercakap dan tidak mengenali orang di sekelilingnya. Beliau hanya minum susu sahaja yang disalurkan di bahagian leher. Isterinya, Norsyeala Md Salleh, 33, berkata, dia memerlukan wang RM1,200 sebulan untuk menampung perbelanjaan suaminya.

Mohd Hafiz Yaacob
(Sumber gambar: http://www.sinarharian.com.my)

Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun Maybank atas nama Norsyeala Md Salleh (Isteri) bernombor 1120 3601 8071.

Berikut petikan berita online Sinar Harian.
"SUNGAI PETANI - Insiden dilanggar lori mengubah kehidupan ketua keluarga dari Kampung Alor Bemban, Tikam Batu, di sini, apabila dia terlantar sakit sejak sebulan lalu.
Norsyeala Md Salleh, 33, berkata, suaminya, Mohd Hafiz Yaacob, 33, yang dahulunya seorang penjual ikan rebus parah di bahagian kepala selepas dilanggar lori ketika dalam perjalanan mahu menghantar hasil jualannya di Pasar Taman Ria, di sini, 7 Jun lalu.
Menurutnya, ketika kejadian, suaminya tidak sedarkan diri dan doktor memaklumkan bahagian otak suami bengkak selain berlaku pendarahan, namun setakat ini tiada sebarang pembedahan dilakukan.
"Suami dah sedar dan dibenarkan pulang minggu lepas. Tapi dia tak boleh bercakap dan tak kenal orang sekeliling dia.
"Sekarang ini dia minum susu saja yang disalurkan kat bahagian leher. Mungkin sebab tak selesa, dia ada cuba nak cabut salur ini, itu yang saya terpaksa ikat tangan dia dekat katil," katanya.
Kini, Mohd Hafiz hanya bergantung kepada susu khas disyorkan doktor dan juga lampin pakai buang.
Norsyeala berkata, dia memerlukan wang RM1,200 sebulan untuk menampung perbelanjaan suaminya.
Norsyeala dibantu keluarga mentuanya untuk menguruskan suaminya.
"Sekarang ini tengah fikir macam mana nak bayar ansuran kereta, bil air dan elektrik, belum lagi hal sekolah anak kira-kira RM1,000 sebulan," katanya yang mempunyai dua anak iaitu Puteri Nurul Ain, 9, dan Mohd Adam Naqib, 6, yang bersekolah di tahun tiga dan pra Sekolah Kebangsaan Berapit.
Disebabkan itu, dia tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa meneruskan usaha menghasilkan ikan rebus namun dengan jumlah yang agak terhad.
Mujur, ibu Mohd Hafiz, Rubinah Ali, 56, membantu menguruskan suaminya sepanjang masa sementara dia memberi fokus kepada pekerjaan dan pengurusan anak-anak.
Sinar Harian 8 Jun lalu menyiarkan kejadian kemalangan membabitkan Mohd Hafiz yang dilanggar sebuah lori di Lebuhraya Utara Selatan.
Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal di lorong kecemasan dilanggar lori dari arah belakang menyebabkannya terbabas sebelum motosikal mangsa melekat di bahagian hadapan lori terbabit.
Orang ramai yang ingin membantu boleh salurkan sumbangan ke akaun Maybank 1120 3601 8071 (Norsyeala Md Salleh)"
Boleh terus ke link berita tersebut. Klik di sini.

Adios.

Rabu, 12 Julai 2017

Cara untuk minta CIMB Bank hantar eStatement melalui emel

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Rasa nya start bulan puasa sampai lah raya ari tu, dah tak berupdate blog ni. Hihi. Sebelum aku cite pasal cara nak mintak CIMB Bank anto eStatement melalui emel, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca-pembaca blog ni yang beragama Islam. Taqabbalallahu minnaa wa minkum..

Berbalik kepada cite asal, aku ada pakai kad kredit CIMB Bank tapi bukan nya selalu guna sebab biasanya aku guna kad kredit Maybank. Kad kredit CIMB Bank ni aku buat backup je. Nak dijadikan cerita, aku ada beli barang pakai kad kredit CIMB Bank kat Lazada. Aku pakai kad kredit tu sebab ada diskaun 10% kalo tak silap. Dua bulan lepas tu, rasa terbukak hati nak check baki / balance akaun kredit kad aku kat CIMB Clicks. Tengok2 akaun dah tertunggak dan dah kena denda lambat bayar ngan interest skali. Adoiii, sakit ati pulak tengok!

CIMB eStatement
Penyata / statement kad kredit

Kalo tengok statement kat atas tu, sepatutnya aku bayar RM118.32 je. Campur LATE CHARGES dan FINANCE CHARGES dah jadi RM130.07. Sia2 je pakai kredit kad CIMB Bank ni untuk dapatkan diskaun 10%. Haha. Pengajaran nya, jangan lambat bayar!

Aku jenis pakai kad kredit, ujung bulan memang bayar penuh. Tapi yang jadi macam ni sebab aku tak dapat statement atau penyata daripada CIMB Bank kat emel aku. So aku search la kat Google camne nak suh CIMB Bank anto eStatement diaorang ke emel aku setiap bulan. Kat bawah ni aku tunjuk step by step camne nak buat.

CIMB eStatement
Step 1

Yang pertama sekali, kena log in masuk ke korang punya akaun CIMB Clicks. Lepas log in, klik kat 'My Accounts', pastu klik kat 'eStatement'.

CIMB eStatement
Step 2

Nanti akan keluar interface macam gambar kat atas ni. Klik kat drop-down list, pastu klik kat 'Email Statement Delivery'.

CIMB eStatement
Step 3

Nanti akan keluar interface macam gambar kat atas ni. Korang kena isi alamat emel dan jugak PDF Password. PDF Password tu kena isi dua kali. Bila korang dapat eStatement nanti, kena isi password ni untuk bukak eStatement tu. Jangan lupa pulak.

CIMB eStatement
Step 3 lagi

Lepas isi alamat emel dan PDF Password, kena accept diaorang punya Terms & Conditions. Kalo nak baca dulu, amatlah dialu-alukan. Hahaha. Lepas baca dan klik kat 'Accept' tu, klik kat 'Submit' pulak.

CIMB eStatement
Step 4

Untuk pengesahan atau confirmation ni, kena request TAC dulu. Lepas masukkan TAC, klik 'Confirm'.

CIMB eStatement
Selesai sudah

Ok dah siap. Nanti korang akan dapat eStatement korang melalui emel yang telah diberikan.

Adios.


POST YANG BERKAITAN:

1. Bayar PTPTN tanpa caj melalui JomPAY
2. Cara beli tiket Matta Fair 2017 secara online
3. Semakan cukai tanah Pejabat Tanah & Galian Negeri Kelantan secara online
4. Bayar cukai tanah Pejabat Tanah & Galian Negeri Kelantan guna Maybank2u


Jumaat, 23 Jun 2017

Mohon bantu adik Nur Safa Raudhah yang menderita dilahirkan tanpa tempurung kepala

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Adik Nur Safa Raudhah Sabri yang baru berusia 11 bulan, menderita dilahirkan tanpa tempurung kepala di bahagian belakang yang menyebabkan otaknya terkeluar. Mata dan telinga kiri adik ini juga tidak berfungsi dengan baik disebabkan penyakitnya dan terbaharu dia berkemungkinan menghidapi penyakit jantung berlubang.

Adik Nur Safa Raudhah
(Sumber gambar: http://www.utusan.com.my)

Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun Maybank atas nama Sabri Abdul Aziz (Ayah) bernombor 1570­54770709. Beliau boleh dihubungi di talian 017-4252078 / 019-4519678 atau boleh terus berkunjung ke kediaman beliau di R3, Jalan Tan­jung Tokong, Rumah Panjang Transit Sementara, Tanjung To­kong.

Berikut petikan berita online Utusan Malaysia.
"PULAU PINANG 18 Jun - Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan di Tanjung Tokong di sini, menderita dilahirkan tanpa tempurung kepala di bahagian belakang yang menyebabkan otaknya terkeluar.
Selepas tiga hari dilahirkan, doktor terpaksa menampal di bahagian kepala Nur Safa Raudhah Sabri bagi menutup bonjolan, namun permukaan tampalan itu yang lembut menyebabkan keada­an bayi tersebut semakin serius.
Ibu kanak-kanak malang itu, Che Besah Mohd. Addnan, 40, berkata, disebabkan tampalan berkenaan, kepala anaknya semakin hari semakin membesar kerana air yang mengalir ketika mandi masuk ke dalam kepala.
Tambahnya, keadaan itu memaksa pihak hospital memasang tiub saluran daripada bahagian kepala ke perut bagi memboleh­kan air yang bertakung di kawasan berkenaan mengalir dan tidak menambah saiz kepala Nur Safa Raudhah.
“Sejak tiub itu dipasang anak saya semakin tidak selesa dan kerap menangis selain tidurnya juga terganggu menyebabkan berat badannya susut kerana tidak selera makan.
“Mata dan telinga kiri anak saya juga tidak berfungsi dengan baik disebabkan penyakitnya dan terbaharu kami mendapat tahu dia berkemungkinan menghidapi penyakit jantung berlubang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Che Besah yang sebelum ini bekerja di sebuah hotel di negeri ini berkata, dia terpaksa menjadi suri rumah sepenuh masa bagi menjaga anaknya dan hanya mengharap­kan suami, Sabri Abdul Aziz, 40, yang bekerja sebagai pembancuh air dengan gaji RM70 sehari.
Sehubungan itu, orang ramai yang mahu meringankan beban keluarga ini boleh berbuat demi­kian dengan menyumbang ke akaun Maybank di nombor 1570­54770709 (Sabri Abdul Aziz).
Mereka juga boleh dihubungi di talian 017-4252078 atau 019-4519678 atau berkunjung ke ke­­diaman mereka di R3, Jalan Tan­jung Tokong, Rumah Panjang Transit Sementara, Tanjung To­kong di sini."
Boleh terus ke link berita tersebut. Klik di sini.

Adios.


Mohon bantu adik Siti Aisyah Sofea yang menghidap penyakit Hemangioma

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Adik Siti Aisyah Sofea Mat Hassan, 11, disahkan meng­hidap hemangioma sejak lahir yang bermula dengan ketumbuhan kecil pada bahagian bibir se­belum merebak dengan teruk dua tahun lalu. Adik Siti Aisyah Sofea tidak boleh makan seperti biasa dan hanya minum susu khas.

Adik Siti Aisyah Sofea
(Sumber gambar: http://www.utusan.com.my)

Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun Bank Rakyat atas nama Syaheda Mustaffa (Ibu) bernombor 22-024-182037-7. Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah.

Berikut petikan berita online Utusan Malaysia.
"MACHANG 18 Jun – Di saat rakan-rakan seusianya sedang aktif bermain, berbeza bagi Siti Aisyah Sofea Mat Hassan, 11, apabila disahkan menghidap ketumbuhan dikenali Hemangioma.
Menurut ibunya, Syaheda Mus­taffa, 41, anaknya disahkan meng­hidap hemangioma sejak lahir yang bermula dengan ketumbuhan kecil pada bahagian bibir se­belum merebak dengan teruk dua tahun lalu.
Katanya, ketumbuhan itu meng­akibatkan lidah serta bibir Siti Aisyah Sofea semakin membesar dan membengkak sehingga menganggu saluran pernafasannya.
“Setakat ini, Siti Aisyah Sofea sudah menjalani tiga kali pembedahan termasuk memasang tiub pada lehernya bagi memudahkan dia bernafas dan menyedut kahak.
“Kami terpaksa membeli me­sin khas untuk menyedut kahak berharga RM500, malah saya akan mengikutnya ke sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Hamzah 1 di sini, untuk menyedut kahak setiap beberapa jam,” katanya ketika ditemui pada Program Ziarah Kaseh Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) di rumahnya di Kampung Kemuning, di sini baru-baru ini.
Pada lawatan tersebut, POKB menyampaikan sumbangan se­ge­ra berjumlah RM2,000 daripada Tabung Kaseh Kanser POKB.
Syaheda berkata, anak sulung daripada dua beradik itu tidak boleh makan seperti biasa dan hanya minum susu khas.
“Untuk satu tin susu khas, ia bertahan selama tiga hari. Jadi kami terpaksa mem­belanjakan sehingga RM800 sebulan untuk susu, tidak terma­suk keperluan lain.
“Ini di luar kemampuan kerana saya tidak bekerja dan hanya bergantung kepada suami, Mat Hassan Mohammed, 42, yang berkerja sebagai anggota bomba sukarela di Pasir Puteh,” katanya.
Sementara itu, Presiden PO­KB, Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamed berkata, pihaknya sedaya upaya akan mem­bantu mencari dana untuk rawatan Siti Aisyah Sofea.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Rakyat 22-024-182037-7 (Syaheda Mustaffa)."
Boleh terus ke link berita tersebut. Klik di sini.

Adios.

Khamis, 8 Jun 2017

Mohon bantu adik Muhammad Afiq yang menghidap sindrom Pfeiffer

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Adik Muhammad Afiq Mohd Azwan yang baru berusia dua tahun telah disahkan menghidap sindrom Pfeiffer menjadikannya individu kelima menghidap sindrom kronik itu di negara ini. Adik Muhammad Afiq memerlukan sekurang-kurangnya RM70,000 untuk membiayai pembedahan yang dijadualkan pada 21 Jun ini.

Adik Muhammad Afiq
(Sumber gambar: http://www.hmetro.com.my)

Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun CIMB atas nama Norihanum Mat Nasir (Ibu) bernombor 7613 9535 88. Beliau boleh dihubungi di talian 012-9460445. Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah.

Berikut petikan berita online Harian Metro.
"USIANYA baru dua tahun, namun pelbagai dugaan terpaksa ditempuhi sejak dilahirkan selepas disahkan mengidap sindrom Pfeifer yang menjadikan Muhammad Afiq Mohd Azwan sebagai individu kelima mengidap sindrom kronik itu di negara ini.
Muhammad Afiq juga melalui proses pembesaran tengkorak tidak normal hingga mengalami kecacatan pada muka dan bentuk tengkorak, menyebabkan matanya terkeluar berbanding kanak-kanak normal.
Lebih menyedihkan, Muhammad Afiq turut mengalami kesukaran untuk bernafas selain nafasnya berbunyi kerana saluran pernafasannya terlalu sempit.
Ibunya Norihanum Mat Nasir, 36, berkata jiwanya begitu menderita apabila melihat Muhammad Afiq dalam keadaan tertekan seperti marah dan menangis, kerana bebola mata anak ketiganya terkeluar seperti mahu terjatuh.
“Setiap kali kedua bebola mata Muhammad Afiq tersembul, setiap kali itu juga saya akan menangis kerana pilu melihat keadaannya sebegitu.
“Kadang kala Muhammad Afiq seakan tahu yang bebola matanya tersembul dan dia akan cuba menggerakkan tangannya untuk memasukkannya sendiri,” katanya yang berasal dari Kuala Terengganu.
Menurut Norihanum, tiada lain yang dipinta selain hanya mahu anaknya dapat melihat dan bernafas seperti bayi lain serta membesar di sisinya, biarpun dalam keadaan tidak normal.
Katanya, selepas beberapa bulan Muhammad Afiq dilahirkan, anak syurga itu terpaksa menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) bagi membesarkan saluran pernafasan yang sempit.
“Muhammad Afiq terpaksa menjalani beberapa pembedahan sepanjang usianya susulan bergantung kepada perkembangan kesihatannya.
“Kami sekeluarga reda walaupun anak saya tidak seperti bayi lain yang sudah boleh mula berjalan pada usia ini," katanya yang bekerja sebagai jururawat.
Katanya, doktor memaklumkan anaknya perlu menjalani pembedahan pada kadar segera untuk mewujudkan saluran pernafasan normal melalui hidung dan menyelamatkan saraf mata.
“Saya memerlukan sekurang-kurangnya RM70,000 untuk membiayai pembedahan Muhammad Afiq yang dijadualkan pada 21 Jun ini.
“Sekiranya berjaya, pembedahan yang sama akan dilakukan dalam tempoh lima hingg 10 tahun lagi bergantung pada perkembangannya.
“Biarpun setakat ini, wang terkumpul hampir mencukupi, namun saya perlu mencari alternatif lain untuk kos rawatan susulan selepas pembedahan nanti,” katanya.
Menurutnya, dia bimbang kerana mata Muhammad Afiq semakin kerap tersembul, membuatkan saraf matanya boleh rosak dan menyebabkannya buta pada bila-bila masa.
Mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB atas nama Norihanum Mat Nasir bernombor 7613 9535 88 atau berhubung di talian 012-9460445.
Boleh terus ke link berita tersebut. Klik di sini.

Adios.


Rabu, 7 Jun 2017

Mohon bantu adik Siti Maisarah yang hanya mampu terbaring kerana pelbagai komplikasi penyakit

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Adik Siti Maisarah hanya mampu terbaring kerana menghadapi pelbagai komplikasi penyakit sejak dilahirkan termasuk kepala membesar, tidak boleh bercakap dan pembesaran tubuhnya terbantut menyebabkan dia seperti baru berusia dua tahun. Ibunya, Rozila Muhamad, 23, yang merupakan seorang ibu tunggal tidak dapat meneruskan rawatan anaknya itu di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana masalah kewangan.

Adik Siti Maisarah
(Sumber gambar: http://www.utusan.com.my)

Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam atas nama Rozila Muhamad (Ibu) bernombor 03090020344245. Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah.

Berikut petikan berita online Utusan Malaysia.
"PASIR PUTEH 5 Jun – Ramadan ini merupakan tahun keempat, Rozila Muhamad, 23, dari Kampung Gong Kemuntong di sini menantikan senyuman anak­nya, Siti Maisarah Abdul Rahman yang terbaring sejak lima tahun lalu.
ROZILA MUHAMAD bersama anaknya, Siti Maisarah Abdul Rahman yang menghadapi pelbagai komplikasi termasuk kepala membesar di Pasir Puteh, Kelantan, kelmarin.
Ibu tunggal tersebut amat merindui hilai tawa anaknya tetapi dia sedar anaknya yang menghadapi pelbagai komplikasi penya­kit sejak dilahirkan tidak seperti kanak-kanak lain.
Rozila berkata, Siti Maisarah dilahirkan tidak cukup bulan dan menghadapi pelbagai komplikasi termasuk kepala membesar, tidak boleh bercakap dan pembesaran tubuhnya terbantut menyebabkan dia seperti baru berusia dua tahun.
“Sejak bertambah usia, dia hanya mampu terbaring dan dimandi serta disuapkan makan apabila sampai masanya dan jika seperti kanak-kanak lain, dia pasti sudah bersekolah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Dia sedih melihat keadaan anaknya itu yang pernah mendapat rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) semasa bayi tetapi tidak mendapat rawatan susulan disebabkan kekangan kewangan.
Katanya, dia tidak mampu untuk berulang alik ke hospital ke­rana tidak ada wang disebabkan tidak bekerja dan segala urusan hidupnya ditanggung oleh ibu bapanya yang bekerja kampung selepas berpisah dengan suaminya kira-kira empat tahun lalu.
“Saya yakin dia mungkin pulih sedikit sekiranya mendapat rawatan yang sempurna termasuk rawatan fisio di mana-mana hospital,” katanya.
Rozila berkata, anaknya itu mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan tetapi wang itu hanya cukup untuk membeli susu dan lampin pakai buang.
“Harapan saya hanya satu, anak saya kembali mendapat rawatan. Saya yakin dia mampu untuk pulih biarpun tidak sempurna seperti kanak-kanak lain dan saya berharap ada pihak dapat membantu,” katanya.
Mereka yang bersimpati dengan nasib malang anaknya itu, boleh membuat sumbangan melalui akaun Bank Islam, 03090020344245."
Boleh terus ke link berita tersebut. Klik di sini.

Adios.


Selasa, 6 Jun 2017

Mohon bantu saudara Azmirul Hakim yang terlantar selepas terlibat dalam kemalangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Azmirul Hakim Abd. Aziz, 24, hanya mampu terlantar tanpa bergerak selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya setahun yang lalu. Saudara Azmirul Hakim dijaga oleh abangnya, Azrul Hisyam, sepenuh masa dan hanya bergantung kepada susu yang diberi sebanyak enam kali sehari untuk terus hidup.

Azmirul Hakim
(Sumber gambar: http://www.utusan.com.my)

Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun Maybank atas nama Azrul Hisyam (Abang) bernombor 164315292427. Beliau boleh dihubungi di talian 019-9608602. Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah.

Berikut petikan berita online Utusan Malaysia.
"GUA MUSANG 4 Jun – Ramadan kali ini disambut sayu oleh sebuah keluarga di Felda Aring 1 di sini apabila salah seorang ahli keluarganya terlantar tanpa berge­rak sejak setahun lalu.
Azmirul Hakim Abd. Aziz, 24, berkeadaan sebegitu selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika be­kerja di Pengerang, Johor.
Ekoran itu, abangnya, Azrul Hisyam, 31, sanggup berkorban menjaga adiknya secara sepenuh masa di rumah.
Menurutnya, tragedi itu me­nimpa Azmirul Hakim kira-kira tiga hari sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri pada tahun lalu.
Katanya, ketika kejadian, anak keenam daripada tujuh beradik itu menunggang motosikal berseorangan sebelum terbabas dan bertembung dengan sebuah kenderaan lain.
“Tragedi itu menyebabkan Az­mirul Hakim yang bekerja sebagai pemandu lori kritikal selama dua minggu akibat kecederaan parah di kepala. Dia dirawat di Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru selama sebulan.
“Kami juga terkilan kerana terpaksa membatalkan majlis per­kahwinan Azmirul Hakim yang sepatutnya diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri tersebut,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sementara itu ibunya, Rafeah Abdullah, 60, berkata, anaknya kini hanya bergantung kepada susu yang diberi sebanyak enam kali sehari untuk terus hidup.
Katanya, mereka harus menyediakan wang sebanyak RM1,200 sebulan untuk membeli susu.
“Bagi meringankan beban ya­ng ditanggung, suami saya, Abd. Aziz Ya, 59, terpaksa menggantikan tempat Azmirul Hakim bagi mencari pendapatan tambahan sebagai pemandu lori di Pulau Pinang.
“Kami bersyukur kerana ­mendapat bantuan wang bulanan daripada Jabatan Kebajikan­ Masyarakat (JKM) sebanyak RM300­ sebulan dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)," ka­tanya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Azrul Hisyam di talian 019-9608602 atau menyumbang terus ke nombor akaun Malayan Banking Berhad: 164315292427 miliknya."
Boleh terus ke link berita tersebut. Klik di sini.

Adios.

Selasa, 30 Mei 2017

Cara nak check / periksa bateri Yamaha Nmax 155

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Nun bulan 3 yang lepas, Cik Ann aku ni mula buat hal dah. Awal2 tu semput masa ngah bawak. Ingatkan sebab tak tukar lagi air filter nye. Dah due lama sangat dah. Sepatutnya tukar setiap 12,000km. Tapi masa tu mileage dah dekat 19,000km. Sebabnya? Dah tanya 2 3 kedai, tapi semua takde stock. Kena pergi Hong Leong Yamaha Motor kat Sungai Buloh jugak la gamak nya.

Tak lama lepas aksi semput menyemput tu, enjin Cik Ann ni dah tak idup dah bila start. Nasib baik masa tu kat rumah lagi, nak pergi kerja. Sebab dah down masa tu, malas nak bawak Cik Lisa sendiri pergi opis. Alhamdulillah.. binim tersayam volunteer nak anto pergi opis naik Cik Ina. Hihi. Kebetulan dia ada kerja kat UKM. Hari tu memang sampai lambat ler kat opis. Hari-hari berikutnya aku bawak Cik Lisa, kena keluar awal sikit la jawab nya.

Hari sabtu aku cuba la troubleshoot apa masalah Cik Ann ni tetiba meragam. Umurnya baru 11 bulan, tapi waranti dah abis. Yamaha cover 10,000km je. Kedekut taik idung masin btol. Haha. First skali aku nak check bateri. Dalam post ni aku nak tunjuk macam mana nak bukak battery compartment ngan test bateri tu skali.

Bateri Yamaha Nmax 155
Battery compartment ada bawah seat

Langkah pertama, kena la bukak dulu seat nya. Bukak tu maksudnya guna kunci dan pulas arah lawan jam sampai terbukak seat tu. Alah macam korang nak access compartment bawah seat tu la. Bukannya kena cabut seat dan letak tepi. Battery compartment untuk Yamaha Nmax ni ada bawah seat tu.


Bateri Yamaha Nmax 155
Battery compartment punya cover / penutup

Lepas bukak seat tu, kena bukak pulak battery compartment nye cover. Kalo tak silap ada 2 screw je, bukak pakai screwdriver jenis phillips / bunga.

Bateri Yamaha Nmax 155
Gambo bateri ngan debu-debu nya

Bateri Yamaha Nmax 155
Dah lap baru nampak ok sket

Lepas bukak cover tu, korang akan nampak lah bateri seketul kat situ. Memandangkan aku tak pernah bukak battery compartment sejak beli, maka memang banyak lah debu-debu kota raya kat situ. Kasi lap sket. Untuk pengetahuan korang, bateri ni rated 12V 6.0Ah (10HR) & model YTZ7V.

Bateri Yamaha Nmax 155
Fius

Kalo perasan kat sebelah bateri tu ada fuse compartment. Nak tengok fius tu, kena bukak dia nyer cover. Tak pakai screw pun, klip biasa je.

Bateri Yamaha Nmax 155
Bacaan voltage / voltan bateri

Kalo nak check bateri ni kena la pakai multimeter atau voltmeter. Takkan rasa2 ngan tangan je! Haha. Untuk multimeter, set kan untuk bacaan voltage / voltan. Kalo ada pilihan AC ngan DC, ambik yang DC punya. Lepas tu letak probe kat terminal bateri, merah untuk terminal positif dan hitam untuk terminal negatif. Jangan letak kat atas cover getah warna merah tu, sampai ke sudah tak dapat bacaan. Kalo bacaan lebih 12.4V ok la tu jawabnya.

Untuk aku punya kes, bacaan dapat 12.56V. Memang ok. Aku suspect ni mesti masalah spark plug atau bahasa melayu nya palam pencucuh. Next post, aku share macam mana nak check spark plug pulak.

Satu lagi, kalo tak nak measure voltage macam ni, boleh pakai battery voltage indicator macam gambar kat bawah ni. Ada macam2 jenis. Ramai yang pasang sekali ngan USB port.

Bateri Yamaha Nmax 155
(Sumber gambar: Facebook Yamaha Nmax Club Malaysia YNCM)

Adios.


POST YANG BERKAITAN:

1. Servis CVT, tukar engine oil dan gear oil Yamaha Nmax 155


Sabtu, 27 Mei 2017

Jadual waktu imsak dan berbuka puasa tahun 1438 H / 2017 M

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua umat islam di Malaysia. Untuk post kali ni aku nak share jadual waktu imsak dan berbuka puasa untuk tahun ini. Memandangkan aku menetap di Selangor, aku share untuk negeri Selangor je lah. Jadual ni aku ambik kat website JAKIM. Macam biasa kalo tak nampak, boleh klik gambar tu. Kat bawah ni jugak aku letak link kalo2 nak download untuk negeri-negeri lain kat Malaysia nih, tapi format pdf la.

Jadual waktu imsak dan berbuka puasa tahun 1438 H / 2017 M (Selangor)
(Sumber jadual: http://www.islam.gov.my)

Just nak bagi tau, waktu imsak tu bukan lah maksudnya ko tak boleh makan dah. Boleh lagi makan sampai lah masuk waktu subuh. Tapi seeloknya berenti la makan time waktu imsak dan boleh bersiap2 gi masjid atau surau untuk solat subuh berjemaah. Tapi in case ko terlajak tido, sedar2 dah masuk waktu imsak, sempat lagi kot makan sebijik kurma dan segelas air kosong.

Kat bawah ni aku letak link untuk download waktu imsak dan berbuka puasa bagi negeri-negeri lain. Klik je kat nama-nama negeri tu. Direct download daripada website JAKIM.

1. Perlis
2. Johor
3. Kedah
4. Kelantan
5. Melaka
6. Negeri Sembilan
7. Pahang
8. Perak
9. Pulau Pinang
10. Sabah
11. Sarawak
12. Selangor
13. Terengganu
14. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan

Tapi sekarang rasanya semua orang orang dah ada smartphone, macam-macam apps boleh download sempena bulan ramadan ni. App untuk share kereta pergi solat tarawih pun ado! Haha. Apa2 pun semoga kita istiqamah dalam menunaikan ibadah puasa, ibadah fardhu yang lain dan juga amalan-amalan sunat yang telah dianjurkan oleh Nabi Muhammad saw. Amin..

Adios.


Isnin, 22 Mei 2017

K&W Trans-X® Automatic Transmission Stop Leak & Tune-Up - Gear Treatment

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Kalo refer post yang sebelum ni (klik di sini), aku ada cite pasal Cik Ina ada masalah gear termenung ni. Kalo start kete pagi2 dan terus masuk gear D, kena tunggu 3 hingga 5 saat baru kete gerak. Dekat traffic light pun sama, kadang2 kena paksa gerak dengan tekan minyak sikit.

Dok baca kat facebook tu, ada yang kata kena tukar gearbox. Kalo tukar gearbox mesti la kos nya beriban. Ada jugak yang suggest cuci gearbox oil filter atau tukar filter tu terus. Yang ni KIV dulu sebab ada solution lain yang lagi senang. Ada yang cakap pakai gear treatment iaitu K&W Trans-X® Automatic Transmission Stop Leak & Tune-Up.

K&W Trans-X® Automatic Transmission Stop Leak & Tune-Up
Ini lah benda nya

K&W Trans-X® Automatic Transmission Stop Leak & Tune-Up
Pandangan depan

K&W Trans-X® Automatic Transmission Stop Leak & Tune-Up
Pandangan sisi

K&W Trans-X® Automatic Transmission Stop Leak & Tune-Up
Pandangan belakang

K&W Trans-X® Automatic Transmission Stop Leak & Tune-Up
Penutup botol tu

Aku gi la tanya kat kedai spare part yang biasa aku pegi tu. Harga yang aku dapat ialah RM48 sebotol. Kat facebook, ada yang jual RM50, ada yang jual RM45 kalo beli dua botol dan macam2 lagi lah. Tapi kalo beli kat facebook, mesti ada caj pos kan. So aku beli je la kat kedai spare part tu.

K&W Trans-X® Automatic Transmission Stop Leak & Tune-Up
Label kat belakang tu boleh bukak

K&W Trans-X® Automatic Transmission Stop Leak & Tune-Up
Belakang label tu ada versi bahasa sepanyol

Kalo baca label kat botol tu, benda alah ni boleh panjangkan hayat gearbox dan mengembalikan penukaran gear yang lancar (direct translation nih). Ia juga boleh memulihkan semula seal yang dah keras, hentikan kebocoran, pulihkan gear slippage (tak reti nak translate) dan penukaran gear yang kasar. Minyak ni boleh campur dalam minyak gearbox (ATF) dan minyak power steering. Tapi tak boleh campur ngan minyak brek. Minyak ni untuk gearbox auto je, jangan masukkan dalam gearbox manual.

K&W Trans-X® Automatic Transmission Stop Leak & Tune-Up
Lepas bukak label, ada terpampang cara2 nak guna minyak ni

K&W Trans-X® Automatic Transmission Stop Leak & Tune-Up
Close up sket

Sebotol minyak ni bersamaan dengan 444ml. Kalo untuk Grand Livina, boleh masukkan dulu sebotol minyak ni sebelum masukkan Automatic Transmission Fluid (ATF). Aku ada jugak baca kat facebook, dia pakai minyak ni untuk flushing je. Tapi kat label tu takde pulak tulis camtu.

Dan macam biasa, aku nak tau jugak benda ni ori ke tak. Kalo tengok label kat botol tu, minyak ni dikeluarkan di USA oleh CRC Industries, Inc. Laman web www.crcindustries.com. Kat laman web diaorang tu ada alamat emel,  customercareus@crcind.com. So aku anto ler emel seketul. Aku tanya dia ada export ke produk ni ke Malaysia dan camne nak bezakan antara yang ori dan fake.

Emel CRC Industries, Inc
Emel ke CRC Industries, Inc (USA)

Tetiba aku dapat reply daripada Corecon (M) Sdn Bhd (crcco@crcmalaysia.com), mungkin authorised dealer kat Malaysia la kot. Dia tanya kat mana lokasi aku kat Malaysia ni. So aku reply la balik cakap aku kat Klang, Selangor. Pastu dia reply balik tanya aku punya details dan contact number. Aikk, emel yang sebelum ni tak tanya pulak. Tapi aku reply la jugak bagi aku punya phone number. Bila tengok emel tu balik rupa-rupanya yang tanya tu PIC dia daripada customer service department. Yang tanya lokasi tu daripada emel general.

Emel Corecon (M) Sdn Bhd
Emel daripada Corecon (M) Sdn Bhd tanya lokasi

Emel Corecon (M) Sdn Bhd
Lepas bagi lokasi, dia tanya pulak full details & contact number

Aku bagi phone number pada 15 Feb 17, sampai bulan April takde orang call jugak. Pada 5 Apr 17, aku anto lagi emel seketul. Aku cakap ler takde orang call aku pun, dan aku just nak konfemkan sama ada safety features untuk bezakan antara produk ori dan fake ada ke tak. Lagi satu aku tanya, ade ke authorised distributor.. Sampai bulan Mei, emel tu diaorang tak reply pun. Teruk kan customer service syarikat2 kat Malaysia ni.. Tengok je la kes2 yang sebelum ni, kadang2 tak reply langsung emel.

Emel Corecon (M) Sdn Bhd
Aku anto emel polow up sebab takde orang call

So aku mengadu domba kat CRC Industries, Inc kat USA tu. Jahat tak? Hahaha. Aku cakap aku kuciwa dengan cara CRC Malaysia layan aku punya query kat diaorang. Aku cakap balik la apa yang aku nak konfemkan pasal produk diaorang tu. Terus CRC Malaysia reply lebey kurang dalam masa 24 jam. Boleh pulak reply! Diaorang cakap diaorang jual produk ni melalui whole seller (pemborong) dan pemborong ni akan jual pulak melalui reseller hingga lah sampai ke end user (pengguna). Diaorang bagi tau jugak setakat ni takde lagi fake product kat pasaran. Harap btol la kan.

Emel CRC Industries, Inc
Emel mengadu domba 

Emel Corecon (M) Sdn Bhd
Emel penjelasan daripada Corecon (M) Sdn Bhd

So nanti bila aku dah try kat Cik Ina, aku akan update berkenaan keberkesanan nya. Jeng Jeng Jeng! Bagi suspen sikit.

Adios.


POST YANG BERKAITAN:

1. Penapis minyak / oil filter untuk Nissan Grand Livina 1.8
2. Automatic Transmission Fluid (ATF) untuk Nissan Grand Livina 1.8
3. Palam Pencucuh / Spark Plug untuk Nissan Grand Livina 1.8

Sabtu, 20 Mei 2017

Mohon bantu pelajar SMK Keroh menghidap penyakit kanser usus tahap 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Muhamad Fitri Mohd Nor, 17, pelajar sekolah SMK Keroh terpaksa melupakan hasrat untuk mengambil peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) setelah disahkan menghidap penyakit kanser usus tahap 3. Beliau dinasihatkan oleh doktor untuk berehat di rumah. Ibunya, Siti Azuani Muhamad, 39, yang bekerja di kilang getah terpaksa mengambil cuti untuk menjaga anaknya itu.

Muhamad Fitri
(Sumber gambar: http://www.sinarharian.com.my)

Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun Public Bank atas nama Siti Azuani Muhamad (Ibu) bernombor 6842-69-7529. Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah.

Berikut petikan berita online Sinar Harian.
"KUALA KRAI - Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keroh, dekat sini terpaksa melupakan hasrat menduduki peperiksaan itu setelah disahkan menghidap kanser usus tahap tiga, bulan lalu.
Berikutan masalah kesihatan itu, doktor menasihatkan Muhamad Fitri Mohd Nor, 17, supaya berehat di rumah.
Menurut ibunya, Siti Azuani Muhamad, 39, pada mulanya dia hanya menganggap anak keduanya itu demam biasa.
Katanya, Muhamad Fitri sering demam dan mengadu sakit perut sehingga tidak dapat ke sekolah selama seminggu, awal April lalu.
"Risau tengok demam dia tak sembuh-sembuh, pakcik saudara dia bawanya ke unit kecemasan Hospital Kuala Krai," katanya kepada Sinar Harian.
Tambahnya, setelah membuat pemeriksaan, doktor mengesyaki anaknya menghadapi masalah usus tersumbat dan menahannya di wad selama seminggu.
"Sepanjang duduk di hospital, dia tak boleh makan atau minum.
"Dia kemudiannya kena bedah dan lepas itulah doktor sahkan Muhamad Fitri hidap kanser usus tahap tiga," katanya sayu.
Ujar Siti Azuani lagi, anaknya kini hanya terlantar di rumah sewa mereka.
Ibu kepada enam anak berusia 3, 7, 8, 15 dan 19 tahun ini berkata, dia yang bekerja di sebuah kilang getah kini terpaksa bercuti untuk menjaga anaknya.
Menurutnya, kebiasaannya dia dibayar gaji RM40 sehari dan purata pendapatan bulanan diperolehnya sekitar RM700 hingga RM800.
"Sekarang ni saya hanya harapkan sumbangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM400 sebulan," katanya.
Katanya, dia kini gusar memandangkan Muhamad Fitri perlu membuat rawatan susulan dan kemoterapi sebanyak 15 kali di Hospital Kuala Krai.
"Jadi saya memang kena cuti untuk jaga dia di hospital.
"Dia juga mungkin perlu dibedah sekali lagi dan kosnya perlu dibayar," katanya.
Azuani turut meluahkan rasa bimbang tidak dapat membayar sewa rumah sebanyak RM250 sebulan kerana kerap cuti.
Keperitan hidup keluarga Siti Azuani mendapat perhatian Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Keroh yang melawat keluarganya di samping menghulurkan sumbangan.
INFO: Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban bolehlah menghulurkan sumbangan ke akaun Public Bank, Siti Azuani Muhamad 6842-69-7529."
Boleh terus ke link berita tersebut. Klik di sini.

Adios.

Jumaat, 19 Mei 2017

Mohon bantu dua beradik yatim piatu kehilangan ibu bapa dalam kemalangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Dua beradik iaitu Khairiyah Alissya Khosim, 10, dan adiknya Khaira Amni, setahun 6 bulan kehilangan ibu bapa mereka dalam kemalangan jalan raya 28 April yang lepas. Mereka juga masih lagi menerima rawatan rapi di Hospital Pulau Pinang akibat daripada kemalangan tersebut. Sama-sama lah kita doakan mereka berdua cepat sembuh..

Adik Khairiyah Alissya Khosim
(Sumber gambar: http://www.utusan.com.my)


Adik Khaira Amni
(Sumber gambar: http://www.utusan.com.my)

Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional atas nama Ashah Ariffin (nenek) bernombor 1420541000049167 atau ke akaun Maybank atas nama Ismail Cha (datuk) bernombor 156208001491. Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah.

Berikut petikan berita online Utusan Malaysia.
"PULAU PINANG 17 Mei - Dua beradik yang menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa mereka maut akibat kemalangan jalan raya 28 April lalu masih menerima rawatan rapi di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini.
Walaupun doktor mengesahkan keadaan mereka semakin pulih tetapi masa depan Khairiyah Alissya Khosim, 10, dan adiknya Khaira Amni, setahun 6 bulan, masih tidak menentu kerana kedua-dua belah kaki kanak-kanak berkenaan tidak dapat berfungsi secara normal.
Lebih memilukan, kesemua jari kaki kanan Khaira Amni yang berubah menjadi warna hitam terpaksa dipotong menyebabkan kanak-kanak yang baru pandai berjalan itu trauma dengan kejadian menimpanya.
Menurut bapa saudara mereka, Khalib Ismail, 29, masa depan Khairiyah Alissya juga kabur ke­rana kedua-dua kakinya patah dan pihak hospital sedang merawat kulit yang sudah rosak akibat terbakar teruk.
Menceritakan perubahan ke­dua-dua kanak-kanak itu selepas ketiadaan ibu bapa mereka, Khalib berkata, Khairiyah Alissya sering bertanya tentang nasib dia dan adiknya selepas ini kerana sudah tidak mempunyai ibu bapa.
“Dia sering termenung dan menangis. Kerap kali saya dengar dia mengadu kepada orang yang me­­lawatnya perkara sama menyebabkan saya tidak sanggup meninggalkannya sendirian," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Akhbar pada 29 April lalu melaporkan dua beradik itu kehilangan ibu bapa selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dipandu bapa mereka, Khosim Ismail, 35, di Kilo­meter 155 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Sungai Bakap kira-kira pukul 5.45 petang.
Khalib berkata, Khaira Amni sehingga kini juga masih mencari dan bertanyakan tentang ibunya, Khairunnisa Ahmad Kamaluddin, 29.
Orang ramai yang berhasrat menghulurkan sumbangan boleh melakukannya menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 1420541000049167 atas nama Ashah Ariffin (nenek) atau akaun Maybank Ismail Cha (datuk) 156208001491."
Boleh terus ke link berita tersebut. Klik di sini.

Adios.


Khamis, 18 Mei 2017

Mohon bantu adik Mohammad Akid Firas yang menghidap penyakit sawan

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Adik Mohammad Akid Firas yang baru berusia 10 bulan mempunyai masalah saraf di bahagian otak sehingga menyebabkannya pernah di­serang sawan sebanyak 60 kali dalam sehari. Ayahnya, Mohammad Zulkefli Kamal, 26, terpaksa mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaga anaknya yang dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang sejak 18 Mac yang lalu. Penyakit adik Mohammad Akid Firas ini boleh dirawat menerusi pembedahan yang menelan kos hampir RM70,000.

Adik Mohammad Akid Firas
(Sumber gambar: http://www.utusan.com.my)

Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun CIMB atas nama Mohammad Zulkefli Kamal (Ayah) bernombor 7617794486. Beliau boleh dihubungi di talian 011-24179135 atau isterinya, Nor Amanina di talian 011-24177233Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah.

Berikut petikan berita online Utusan Malaysia.
"PULAU PINANG 16 Mei – Sepasang suami isteri muda terpaksa akur dengan keadaan anak mereka yang mempunyai masalah saraf di bahagian otak sehingga menyebabkan bayi berusia 10 bulan itu pernah di­serang sawan sebanyak 60 kali dalam sehari.
Difahamkan, 90 peratus bahagian otak bayi itu, Mohammad Akid Firas tidak boleh berfungsi akibat diserang sawan tanpa mengira waktu.
Menurut bapa bayi itu, Mohammad Zulkefli Kamal, 26, dia yang bekerja di sebuah kilang di sini terpaksa mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaga anaknya yang dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) sejak 18 Mac lalu.
Katanya, dia bersama isteri, Nor Amanina Razali, 24, perlu bermalam di HPP dan meminta bantuan ibu mentua menjaga anak sulung mereka, Nur Zara Arissa yang berusia dua tahun bagi memastikan bayi itu dapat dipantau setiap masa terutama ketika diserang sawan.
“Doktor memaklumkan pe­nyakit ini biasa tetapi jarang berlaku kepada pesakit semuda 10 bulan seperti anak saya. Jika mahu lakukan pembedahan, berat anak saya perlu dipastikan 10 kilogram (kg).
“Tetapi berat anak saya baru 8.8kg dan sukar mening­kat kerana dia hanya dibenarkan minum susu tanpa gula bagi mengawal sawan yang boleh berpunca daripada kuan­titi bahan itu di dalam darahnya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di HPP di sini hari ini.
Jelasnya, penyakit anaknya itu boleh dirawat menerusi pembedahan yang menelan kos hampir RM70,000 dan perlu dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum dise­rahkan ke hospital swasta.
“Saya buntu mahu mencari sumber kewangan untuk kos pembedahan bagi memastikan anak bongsu saya ini sihat dan kembali aktif seperti sebelum ini," katanya.
Dia berkata, sawan itu akan menyebabkan badan dan bahagian muka anaknya kejang sehingga mata ke atas selain se­ring tidur kesan daripada ubat diberikan doktor.
Orang ramai yang berhasrat menghulurkan bantuan boleh menghubungi Mohammad Zulkefli di talian 011-24179135 atau Nor Amanina di talian 011-24177233 atau terus melalui akaun CIMB 7617794486."
Boleh terus ke link berita tersebut. Klik di sini.

Adios.


Rabu, 17 Mei 2017

Mohon bantu ibu tunggal enam anak yang baru kehilangan suami

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Rozita Zainon, 42, baru sahaja kehilangan suami yang menghidap penyakit kanser tulang tahap empat pada bulan Mac yang lepas. Enam anaknya masih bersekolah termasuk bakal me­lanjutkan pengajian ke universiti dan menduduki peperiksaan awam. 

Rozita Zainon
(Sumber gambar: http://www.utusan.com.my)

Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun CIMB atas nama Rozita Zainon bernombor 1235-0002310-20-0. Beliau boleh dihubungi di talian 016-9068382. Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah.

Berikut petikan berita online Utusan Malaysia.
"SUNGAI PETANI 14 Mei – Kesusah­an menimpa seorang ibu tunggal, Rozita Zainon, 42, setelah suaminya meninggal dunia, Mac lepas mendapat perhatian pihak Econsave Taman Petani Jaya di sini yang tampil menghulurkan bantuan.
Menurut Rozita, suaminya, Mohammad Lazi Tolabudin, 45, meninggal dunia pada 22 Mac setelah mengidap kanser tulang tahap empat sekali gus mengakibatkan mereka sekeluarga hilang tempat bergantung.
Katanya, enam anaknya masih bersekolah termasuk bakal me­lanjutkan pengajian ke universiti dan menduduki peperiksaan awam.
“Selepas kematian suami, saya kebuntuan untuk mencari nafkah kerana terpaksa menyara anak-anak, Syaza Shahirah, 18; Shah Fareez Azfar, 17; Syaza Najihah, 15; Shah Fakhrul Aiman, 12; Shah Firhan Afif, 3 dan Syaza Ayra Sofea, sebulan.
“Kami juga menetap di rumah sewa di Aman Jaya di sini. Namun kesusahan kami terubat apabila ada pihak yang sudi membantu seperti Econsave Taman Petani Jaya yang menghulur bantuan makanan,” katanya di sini baru-baru ini.
Katanya, pada masa ini, Syaza Shahirah menunggu panggilan belajar di sebuah universiti tempatan manakala Shah Fareez Azfar adalah pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cemerlang manakala Syaza Najihah pula bakal menduduki Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Rozita berkata, segala tugas terpaksa dilakukan dengan tabah untuk kejayaan anak-anak pada masa akan datang.
“Bagaimanapun, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Kuala Muda meluluskan bantuan berupa Skim Bantuan Kanak-Kanak sebanyak RM400 sebulan, baru-baru ini.
“Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) juga menziarah keluarga saya dan meluluskan bantuan makanan,” katanya lagi.
Sementara itu, orang ramai ingin membantu boleh berbuat demikian melalui nombor akaun 1235-0002310-20-0 di CIMB Bank Rozita dengan nombor telefon 016-9068382.
Pengurus Econsave Taman Petani Jaya, Saparin Abu Seman memberitahu, pihaknya tampil menyerahkan bantuan makanan bernilai RM1,000 melalui Program Econsave Prihatin 2017.
Menurutnya, barangan tersebut boleh digunakan untuk ke­perluan sempena kedatangan Ramadan ini."
Boleh terus ke link berita tersebut. Klik di sini.

Adios.