Jumaat, 13 Januari 2017

Mohon bantu kanak-kanak hidap penyakit kulit rapuh

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Semalam terbaca lagi kisah2 yang menyayat hati ini. Adik Muhammad Aqif Kaoirul Anuar yang berusia 4 tahun mengidap penyakit Epidermolysis Bullosa (EB) atau kulit rapuh sejak lahir dan dia kini memerlukan bantuan perubatan sehingga RM5,000 sebulan melibatkan kos rawatan perubatan dan ubat-ubatan.

Adik Muhammad Aqif Kaoirul Anuar
(Sumber gambar: http://www.utusan.com.my)

Sesiapa yang ingin membantu boleh  menghubungi ibunya iaitu Umi Umeera Mazlan di talian 017-6494405 atau me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun Maybank atas nama beliau bernombor 562405616166. Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah.

Berikut petikan berita online Utusan Malaysia.


"KUALA LUMPUR 11 Jan. – Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang menghidap penyakit genetik jarang ditemui merintih bantuan orang ramai bagi meri­ngankan derita yang dihadapinya.
Muhammad Aqif Kaoirul Anuar dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu, Selayang menghidap penyakit Epidermolysis Bullosa (EB) atau kulit rapuh sejak lahir dan dia kini memerlukan bantuan perubatan sehingga RM5,000 sebulan melibatkan kos rawatan perubatan dan ubat-ubatan.
Bapanya, Kaoirul Anuar Mustaffa, 37, yang bekerja sendiri sebagai juruteknik pendingin hawa berkata, pendapatannya yang tidak tetap iaitu hanya sekitar RM1,500 sebulan menyukarkan Muhammad Aqif mendapat bantuan perubatan yang lebih baik.
Kaoirul Anuar yang hadir ke Ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad, di sini, bersama iste­rinya, Umi Umeera Mazlan, 29, berkata, anak kelimanya daripada tujuh adik-beradik itu mempunyai kulit sensitif terutama di bahagian badan dan kaki serta tidak boleh terdedah terlalu lama dengan cuaca yang panas.
“Sebelum ini, dua anak kami iaitu kakak dan adik Muhammad Aqif telah pun meninggal dunia akibat menghidap pe­nyakit yang sama.
“Doktor ada beritahu pe­nyakit yang dihidapi anak kami ini jarang berlaku dan setakat yang kami tahu, hanya ada 19 kanak-kanak menghidap pe­nyakit ini di negara kita dengan Muhammad Aqif yang paling kritikal,” katanya hari ini.
Tambah Kaoirul Anuar, mereka sekeluarga berharap jasa baik pihak bertanggungjawab dan orang ramai bagi meningkatkan kesedaran dan kemudahan bagi penyakit yang masih tiada penawar tersebut seperti yang dilakukan di Ireland.
“Daripada kajian melalui internet, kami dapati Ireland bukan sahaja mempunyai kemudahan mencukupi, malah mereka turut mempunyai kesedaran yang tinggi tentang bahaya penyakit yang boleh membawa maut ini.
“Jauh di sudut hati kami sekeluarga, sememangnya mahukan yang terbaik untuk Muhammad Aqif dan jika diberikan rezeki, kami juga mempunyai keinginan pergi ke Ireland bagi mempelajari cara terbaik menjaga ‘anak syurga’ ini,” katanya.
Orang ramai yang ingin meng­hulurkan bantuan boleh menghubungi Umi Umeera di talian 017-6494405 atau me­nyalurkan derma melalui akaun Maybank beliau, 562405616166."
Boleh terus ke link berita tersebut. Klik di sini.

Adios.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan