Selasa, 24 Januari 2017

Palam Pencucuh / Spark Plug untuk Nissan Grand Livina 1.8

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Dalam post sebelum ni aku ada cite pasal oil filter dan ATF atau minyak gear automatik untuk Cik Ina ni kan.

1. Penapis minyak / oil filter untuk Nissan Grand Livina 1.8
2. Automatic Transmission Fluid (ATF) untuk Nissan Grand Livina 1.8

Untuk post ni pulak aku nak cite pasal spark plug atau dalam bahasa melayu nya palam pencucuh. Spark plug untuk kete Grand Livina ni kena tukar setiap 100,000km. Beza dengan kete Kelisa yang kena tukar spark plug setiap 20,000km.

Kenapa Cik Ina punya spark plug boleh tahan sampai 100,000km? Sebab dia pakai jenis yang boleh tahan lama iaitu NGK Laser Platinum (Part No: LZKAR6AP-11). Disebabkan dia leh tahan lama, harga pun boleh tahan jugak la. Memandangkan Cik Ina nye enjin ada 4 silinder, so kena pakai 4 bijik spark plug, total harga = RM190. Tu harga yang aku beli la, ada yang dapat lagi murah dan ada jugak yang lagi mahal bergantung kepada kedai spare part tu. Tapi kalau gi tukar kat Tan Chong, boleh menangis dia punya harga.. Sendiri mau ingat la. Haha.

Lagi satu persoalan nye, kenapa pulak kena pakai spark plug jenis tahan lama? Sebabnya time nak tukar tu leceh sikit. Banyak part yang nak kena bukak. Nanti aku cite dalam next post, cite pasal aku servis kete kat woksyop.

Livina Spark Plug
Ni lah spark plug yang aku beli tu

Livina Spark Plug
Gambar belakang kotak

Livina Spark Plug
Dalam kotak besar tu ada 4 kotak macam ni

Livina Spark Plug
Gambar belakang kotak kecik tu

Livina Spark Plug
Gambar spark plug dalam kotak kecik

Livina Spark Plug
Gambar spark plug

Livina Spark Plug
Close up gambar spark plug

Livina Spark Plug
Close up gambar spark plug

Dan seperti biasa aku tertanya-tanya ori ke spark plug yang aku beli ni? Daripada gambar kat atas, spark plug ni diimpot dan diedarkan oleh NGK Spark Plug (M) Bhd. Hasil daripada carian pakcik Google, dapat la alamat emel diaorang ni, inquiries@ngkmal.com.my. So aku pun hantar la emel kat diaorang tanya pasal spark plug ni. Agak2 diaorang reply tak? 

NGK Spark Plug Email
Emel kepada NGK Spark Plug (M) Bhd

Sampai sudah tak reply! Kahkahkah. Kena bersangka baik lagi la gamaknya.

Adios.


BACA:

1. Servis tukar spark plug / ATF / engine oil Nissan Grand Livina 1.8


4 ulasan:

  1. ish..murah...sy kena rm85 1plug..adoii..apa2 pun tq bg info..lain kali cari sendiri senang kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah, tujuan sy post pun supaya orang lain tak kena tipu ngan kedai spare part atau workshop. Tapi orang cakap NGK spark plug ni banyak jugak yang fake. Hati2..

      Padam
  2. kedai mana beli...share info

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kedai spare part area klang sentral opposite jalan haji abdul manan. Tp yang ni pun aku tak pasti ori ke fake. NGK Malaysia tak response langsung.

      Padam