Ahad, 8 Januari 2017

Tukar tayar Kelisa

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Nak dijadikan cite, pada 31 Dis 2016 yang lepas, masa nak keluar rumah, ternampak la tayar kereta Kelisa aku macam dah pancit. Sebenarnya, memang dah lama plan nak tukar tayar ni sebab dah nampak benang dah pun. Tapi ingat nak tunggu bonus masuk tahun depan. Al maklumlah hujung2 tahun ni banyak duit nak pakai terutamanya untuk anak2 nak masuk sekolah dan tadika.

Tayar Kelisa
Nampak tak dah memang botak sampai keluar benang!

Kalau tengok gambar kat atas tu, sport rim pun hidup segan mati tak mau dah. Tapi selagi boleh pakai kita pakai je la. Duit lebey tu boleh la buat beli susu kat anak, ye dok? 

So, aku decide nak tukar tayar Cik Lisa tu hari tu jugak. Tayar depan 2 bijik. Boleh swipe credit card je. Aku pergi kedai tayar kat Jalan Kapar. Memang banyak kedai tayar kat situ. Pilih je mana satu nak. Tapi aku tak pergi la kedai 'papan' yang famous tu. Dah ramai sangat. Kalau dah ramai, servis konfem kureng sket.

Kelisa
Dah sampai kedai tayar

Dalam pukul 10.30 pagi dah sampai kedai tayar. Masa ni tak ramai orang lagi. Aku suka kedai ni sebab dia punya customer service ok la. Sampai-sampai tu dah ada orang attend dan tunjuk senarai tayar yang ada kat kedai tu siap ngan harga. So kita pilih la mana satu yang kita nak. So, aku pilih la tayar yang paling murah yang ada kat situ, Silverstone PBZ1800 165/60/R13. Harganya RM125 sebijik. So 2 bijik dah jadi RM250 siap valve, balancing dan pasang.

Tyre alignment
Buat alignment pulak!

Lepas siap pasang, aku suh diaorang buat alignment plak. Bukan apa, sebelum ni aku dah tukar absorber depan tapi belum buat alignment lagi. So, buat terus la. Caj alignment RM30. 

Masa tengah buat alignment tu, nampak minyak menitik kat bawah. Alamak, apa pulak ni! Pomen kat kedai tu cakap kena tukar flywheel oil seal. Adoi, duit lagi. Takpe lah, nanti aku bawak pegi pomen yang aku dah biasa lepas dapat bonus. Selagi kete boleh jalan, jalan dulu.

Masa buat alignment tu, chamber lari banyak. Mungkin sebab baru tukar absorber hari tu. Kena pulak tukar chamber screw tayar sebelah kiri. Tengok chamber screw tu memang dah bengkok. Banyak jatuh lubang kot. 

Dalam pukul 12 lebey, semua siap. Masa nak start kete nak balik rumah, tak hidup! Jeng jeng jeng. Dah suruh pomen sebelah kedai tayar tu check pun tak dapat. So, aku decide telefon insurance Etiqa untuk tow ke woksyop kat Meru.

24 hour Emergency and Car Breakdown Assistance:

1-800-88-6491


Call 3 kali takde yang berjawab. Tiap kali call dalam 2 - 3 minit tunggu. Call kali yang keempat, baru ada orang jawab. Tu pun kena tunggu 10 minit. Biasa aku call sebelum ni, sekali call je dah ada yang menjawab. Cik Lisa ni dah banyak kali breakdown. Maklum la kereta lama. Dah 14 tahun umur nya.

Tunggu sampai pukul 3 petang, baru la tow truck sampai. Dah la tak makan tengah hari lagi. huhu. So, aku suh dia tow sampai woksyop kat Meru, woksyop yang biasa aku pergi. Dah sampai sana, lepas turunkan kete dan sign borang towing, aku suh la pomen check. Dia cuba start, yang misterinya enjin Cik Lisa terus hidup! Dugaan... Mungkin dah gegar masa towing tadi, terus dia ok. Sib baik towing tadi Etiqa yang bayar. 

Lepas pomen check semua, dia kata semua ok. Kalau jadi lagi, dia suh call dia untuk pergi tengok terus. Emmm... dengan tengah lapar tu aku pun drive la balik rumah.. Sekain.

Tayar Kelisa
Tayar baru

Tayar Kelisa
Dibuat pada minggu 50, tahun 2016, mesti check!

Adios. 


BACA:



Tiada ulasan:

Catat Ulasan