Selasa, 31 Januari 2017

Ukur cap telinga / ear impression taking di Hospital Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Dalam post yang sebelum ni (Klik di sini), aku ada cite pasal appointment untuk buat hearing aid trial di Hospital Putrajaya. Beberapa hari lepas buat hearing aid trial, aku dapat call daripada Pusat Perkhidmatan Audiologi untuk buat ear impression taking di sana pada 20/1/2017, jam 10.00 pagi. Apa kejadah pulak ear impression taking ni. Senang cakap, diaorang nak ukur telinga ko untuk buat hearing aid nanti. So bila pakai nanti takde la ko komplen longgar ke, ketat ke, tak selesa ke dsb nya lah. Paham? Peace! Hihi.

Appointment Card Hospital Putrajaya
Kad temujanji ke janjitemu? Entah la labu..

So, pada 20/1/2017 yang lepas, tepat jam 9.30 pagi aku dah sampai Hospital Putrajaya. Hari tu takde la seramai yang aku datang sebelum ini. Tu pun sebab masalah sistem nombor giliran yang tak berfungsi. Lepas dapat nombor kat kaunter saringan, tunggu tak sampai 10 minit, terus sampai turn aku. Sekejap je.

Nombor giliran Hospital Putrajaya
Nombor giliran

Pendaftaran Hospital Putrajaya
Tengah tunggu giliran untuk buat pendaftaran

Lepas buat pendaftaran, kena tunggu pulak kat Pusat Perkhidmatan Audiologi. Tapi tak sampai setengah jam tunggu, diaorang dah panggil masuk. Bila dah masuk tu, diaorang cakap hari ni adalah sesi ukur telinga. Haha. Tak penah2 lagi ukur telinga sebelum ni. Macam kelakar pulak dengar.

Tapi sebelum nak ukur telinga tu, diaorang tunjuk la dulu quotation daripada supplier. Ye lah.. Kan dia dah ukur telinga siap2, lepas tengok harga hearing aid tu tak jadi beli pulak. Ni aku tunjuk dia punya quotation.

Quotation hearing aid
Quotation hearing aid

Ambik ko! RM2968 untuk satu hearing aid. Dah la kena bayar sendiri dulu kan. Kena bayar sendiri dulu sebab aku ngan bini aku bukan kerja gomen. Kalau tak JPA yang bayarkan. Lepas bayar nanti aku plan nak buat surat rayuan kepada HR tempat aku keje untuk tanggung kos tu. Harap2 dapat la kan.. Aamiiin....

Lepas dia tunjuk quotation tu, prosedur mengukur telinga pun dibuat. First skali dia masukkan kapas dalam telinga aku supaya adunan yang dia akan masukkan nanti tak masuk terus ke dalam telinga. Lepas tu baru dia masukkan adunan tu dalam telinga. Kena tunggu adunan tu keras sedikit sebelum dikeluarkan daripada telinga. Lepas tu dah terbentuk la saiz telinga aku. Dia akan pakai saiz tu untuk buat hearing aid aku. Tak sempat plak nak ambik gambar. Tapi kalo nak tengok prosedur lengkap, boleh rujuk website 20dB Hearing ni.

Sampai je opis, aku terus buat online transfer untuk bayar kos hearing aid tu. Lepas tu terus whatsapp PIC supplier tu. Mintak sangat rayuan aku kat HR nanti diluluskan. To be continue...

Adios.


BACA:

1. Appointment di Klinik ENT Hospital Putrajaya - Tinnitus
2. Alat bantu pendengaran / hearing aid Unitron Shine Rev 4 ITC


Tiada ulasan:

Catat Ulasan