Rabu, 12 April 2017

Mohon bantu keluarga En Kamaluddin Mohamed

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Dua orang anak En Kamaluddin Mohamed mengalami masalah jantung dan buah pinggang. Manakala isteri beliau turut mengalami masalah buah pinggang selepas dijangkiti virus kencing tikus dua tahun lalu.

(Sumber gambar: http://www.utusan.com.my)

Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun Bank Rakyat atas nama Kamaluddin Mohamed bernombor 22-024-176845-1. Beliau boleh dihubungi di talian 019-9668642. Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah.

Berikut petikan berita online Utusan Malaysia.
"BENTONG 11 April – Seorang pembantu kedai makan, Kamaluddin Mohamed, 45, berhadapan dengan ujian yang besar apabila dua daripada tiga anaknya mengalami masalah jantung dan buah pinggang.
Lebih menyedihkan apabila isterinya, Naskin Che Leh, 30, turut mengalami masalah buah pinggang selepas dijangkiti virus kencing tikus dua tahun lalu.
Dua anak pasangan berkenaan iaitu Mohamad Hasli Wafi, 9, mengalami ma­salah buah pinggang manakala adik­nya, Mohamad Amirul Musoddiqin, me­ngalami masalah injap jantung.
Menurut Kamaluddin, kedua-dua anak­nya mula mengalami masalah buah pinggang dan jantung sejak berusia enam bulan menyebabkan dia yang ketika itu tinggal di Kelantan terpaksa berulang alik ke hospital.
Katanya, dia telah berusaha sedaya upaya bagi memberikan rawatan terbaik kepada anaknya sehingga terpaksa menjual tanah tapak rumah bagi menampung perbelanjaan rawatan.
“Dengan pendapatan yang tidak menentu sekitar RM800 sebulan sebagai pembantu kedai saya amat sedih kerana tidak dapat memberikan rawatan sempurna kepada kedua-dua anak saya.
“Sehingga kini saya tidak dapat membawa anak-anak saya untuk mengadakan rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) seperti disarankan doktor kerana masalah kewangan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Flat Delima, Bukit Tinggi di sini hari ini.
Menurutnya dengan gaji yang tidak menentu dia terpaksa mendahulukan keperluan lain seperti sewa rumah sebanyak RM450 sebulan dan juga perbe­lanjaan keperluan harian.
Katanya, sehingga kini dia belum pernah mendapat apa-apa bantuan daripada mana-mana pihak termasuklah Ja­batan Kebajikan Masyarakat dan juga Pusat Zakat.
Dalam pada itu, beliau berkata, tahap kesihatan kedua-dua anaknya pada masa ini tidak menentu dan sering berada dalam keadaan lemah.
“Pada bulan lepas anak kedua saya kencing bercampur darah dan anak sulung dan ketiga demam yang kuat sehingga ditahan di Hospital Bentong untuk rawatan,” katanya.
Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh menghubungi Kamaluddin di talian 019-9668642 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Rakyat Kamaluddin Mohamed 22-024-176845-1."
Boleh terus ke link berita tersebut. Klik di sini.

Adios.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan