Jumaat, 21 April 2017

Mohon bantu Pn Kamaliah yang menjaga dua anak lelaki yang kini kurang upaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Pn Kamaliah Osman, 61, terpaksa menjaga dua orang anak lelaki beliau yang kini kurang upaya akibat kemalangan. Anak kedua beliau lumpuh setelah mengalami kemalangan pada tahun 2010, manakala anak pertama beliau terlantar selepas mengalami kemalangan di tempat kerja Januari lepas.

Pn Kamaliah Osman
(Sumber gambar: http://www.utusan.com.my)

Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun Maybank atas nama Rosli Mohd. Darus bernombor 1640 7052 4885. Semoga sumbangan kita mendapat balasan daripada Allah.

Berikut petikan berita online Utusan Malaysia.
"BATU CAVES 20 April - BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul. Perum­pamaan itu sesuai sekali menggambarkan ketabahan seorang ibu, Kamaliah Osman, 61, apabila terpaksa menjaga kedua-dua anak lelakinya yang kini kurang upaya.
Jika sebelum ini dia perlu menguruskan anak keduanya yang lumpuh separuh badan akibat kemalangan sejak tahun 2010, kini dia diduga lagi.
Anak sulungnya, Mohd. Faisal Rosli, 34, yang selama ini menjadi ketua keluarga ditimpa kemala­ngan di tempat kerja pada Januari lalu.
Mohd. Faisal ketika itu bertugas sebagai penyelia kolam renang di sebuah hotel di Johor Baharu.
“Hanya Allah yang tahu pe­rasaan saya sebagai ibu. Namun saya reda dengan ketentuanNya dan sentiasa berdoa agar saya dikurniakan kesihatan yang baik untuk menjaga mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di kediamannya di Batu Caves, Selangor, baru-baru ini.
Terdahulu wakil Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) ca­wa­ngan Kuala Lumpur me­nyam­paikan sumbangan pera­latan pemulihan kepada Mohd. Faisal.
Kamaliah berkata, kecederaan pada bahagian kepala yang dialami anaknya menyebabkan pergerakannya terbatas dan tidak mampu me­nguruskan diri sendiri.
“Saya bersyukur kerana pihak majikan dan Perkeso pri­hatin de­ngan keadaan anak saya.
Sementara itu, Penolong Pe­ngarah Perkeso Kuala Lumpur, Rosimah Arsah, berkata, pene­rima layak mendapat faedah Per­keso di bawah Skim Pencen Ilat sebanyak RM795.46 dan Elaun La­yanan Sentiasa seba­nyak RM500 sebulan.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sum­bangan kewangan ke akaun Maybank Rosli Mohd. Darus ber­nombor 1640 7052 4885.­"
Boleh terus ke link berita tersebut. Klik di sini.

Adios.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan