Khamis, 6 April 2017

Semakan cukai tanah Pejabat Tanah & Galian Negeri Kelantan secara online

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Dok lepak2 sambil main games handphone, tetiba teringat cukai tanah untuk tanah kebun kat Kelantan tak bayar2 lagi sejak tukar nama daripada nama arwah mak aku. Adeh! Mesti denda nya dah bertambah2.

Geran Tanah
Geran tanah di Kelantan

So, macam biasa tanya la pakcik Google macam mana cara nak buat semakan dan bayaran cukai tanah ni. Rupa-rupa nya semakan cukai tanah ni pun boleh buat secara online. Tak payah la balik kampung semata-mata nak bayar cukai ni kan. Belanja nak balik kampung tu pun lagi banyak daripada jumlah cukai tambah ngan denda sekali. Kalau balik kampung masa raya nanti, sah-sah la pejabat tanah pun tutup.

Semakan cukai tanah untuk negeri Kelantan boleh dibuat kat website Pejabat Pengarah Tanah & Galian Negeri Kelantan. Boleh klik kat Jata Negeri Kelantan kat bawah ni untuk ke website tu.

Semakan Cukai Tanah

Bila dah klik link tu, browser akan bukak website pejabat tanah.

Semakan Cukai Tanah
Website Pejabat Pengarah Tanah & Galian Negeri Kelantan

Cari link "Semakan Cukai Tanah" kat dalam website tu macam gambar kat atas. Pastu klik je link tu.

Semakan Cukai Tanah
Semakan hasil cukai tanah

Akan keluar pulak interface macam gambar kat atas ni. Kena pilih Jajahan, Daerah, Mukim/Seksyen, Jenis Hakmilik dan Nombor Hakmilik. Semua maklumat tu ada dalam geran tanah macam gambar yang kat atas sekali tu. Untuk part Daerah tu tricky sikit. Kalo ikut geran tanah, dia tulis Jajahan Tumpat. Bukan yang tu ye. Kena tengok kat Pelan Tanah, biasanya helaian kedua geran tanah. Kat Pelan Tanah tu ada tulis daerah apa.  

Semakan Cukai Tanah
Maklumat yang perlu diisi

Bila dah letak semua maklumat tu, tekan butang "Cari".

Semakan Cukai Tanah
Keputusan carian

Bila maklumat semua dah betul, keluar la keputusan carian macam gambar kat atas ni. Cukai tanah ni RM8 je setahun. Mungkin sebab status tanah pertanian, so murah la skit. Tunggakan ada dalam RM40 dan denda pulak RM34. Jumlah semua sekali RM82. Maklumat yang paling penting sekali adalah NO RUJUKAN HAKMILIK tu. Nanti nombor tu kita akan guna masa nak bayar online kat Maybank2u. 

Cara untuk bayar cukai tanah ni kat Maybank2u, aku share dalam post yang lain.

Adios. 


12 ulasan:

  1. Maklumat tersebut sudah "OUTDATED". Sekarang punya laman web sudah berlainan, tiada lagi semakan cukai tanah secara "ONLINE".

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, sekarang dah berlainan. terus link ke Maybank2u

      Padam
    2. Betul! Sy tengok pun macam dah takde.

      Padam
  2. klu terus link ke maybank2u mcmana kita nak tahu jumlah kena bayar..2014 yg check masih lagi boleh semak bayaran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam dah takde servis untuk check online. Kena pergi opis la kot.

      Padam
  3. betullh..dah xde servis utk check online..nk byr akaun tertungak xthu jumlah brapa

    BalasPadam
  4. Ptg kelantan ke wujudkan semula ruangan semakan cukai tanah untuk kemudahan kami yg tinggal jauh luar kelantan

    BalasPadam
  5. Saya pernah buat aduan tanya mengapa semakan online tiada. Jawapan daripada PTG mereka tengah update ruangan website mereka. Tapi sekarang sudah hampir 2 tahun masih tak wujudkan lagi ruangan ini. Memang tiada produktiviti dan efisien tata kerja mereka.

    BalasPadam
  6. payoh weh nk semok cukai tanoh tertungok ni..pah nk suh ore byr..grrrr

    BalasPadam
  7. #ptg terr..tlg la wk smula menu semok cukai tanoh ni

    BalasPadam
  8. SPHT sudah hilang! ....terrrrrr

    BalasPadam