Selasa, 30 Mei 2017

Cara nak check / periksa bateri Yamaha Nmax 155

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Nun bulan 3 yang lepas, Cik Ann aku ni mula buat hal dah. Awal2 tu semput masa ngah bawak. Ingatkan sebab tak tukar lagi air filter nye. Dah due lama sangat dah. Sepatutnya tukar setiap 12,000km. Tapi masa tu mileage dah dekat 19,000km. Sebabnya? Dah tanya 2 3 kedai, tapi semua takde stock. Kena pergi Hong Leong Yamaha Motor kat Sungai Buloh jugak la gamak nya.

Tak lama lepas aksi semput menyemput tu, enjin Cik Ann ni dah tak idup dah bila start. Nasib baik masa tu kat rumah lagi, nak pergi kerja. Sebab dah down masa tu, malas nak bawak Cik Lisa sendiri pergi opis. Alhamdulillah.. binim tersayam volunteer nak anto pergi opis naik Cik Ina. Hihi. Kebetulan dia ada kerja kat UKM. Hari tu memang sampai lambat ler kat opis. Hari-hari berikutnya aku bawak Cik Lisa, kena keluar awal sikit la jawab nya.

Hari sabtu aku cuba la troubleshoot apa masalah Cik Ann ni tetiba meragam. Umurnya baru 11 bulan, tapi waranti dah abis. Yamaha cover 10,000km je. Kedekut taik idung masin btol. Haha. First skali aku nak check bateri. Dalam post ni aku nak tunjuk macam mana nak bukak battery compartment ngan test bateri tu skali.

Bateri Yamaha Nmax 155
Battery compartment ada bawah seat

Langkah pertama, kena la bukak dulu seat nya. Bukak tu maksudnya guna kunci dan pulas arah lawan jam sampai terbukak seat tu. Alah macam korang nak access compartment bawah seat tu la. Bukannya kena cabut seat dan letak tepi. Battery compartment untuk Yamaha Nmax ni ada bawah seat tu.


Bateri Yamaha Nmax 155
Battery compartment punya cover / penutup

Lepas bukak seat tu, kena bukak pulak battery compartment nye cover. Kalo tak silap ada 2 screw je, bukak pakai screwdriver jenis phillips / bunga.

Bateri Yamaha Nmax 155
Gambo bateri ngan debu-debu nya

Bateri Yamaha Nmax 155
Dah lap baru nampak ok sket

Lepas bukak cover tu, korang akan nampak lah bateri seketul kat situ. Memandangkan aku tak pernah bukak battery compartment sejak beli, maka memang banyak lah debu-debu kota raya kat situ. Kasi lap sket. Untuk pengetahuan korang, bateri ni rated 12V 6.0Ah (10HR) & model YTZ7V.

Bateri Yamaha Nmax 155
Fius

Kalo perasan kat sebelah bateri tu ada fuse compartment. Nak tengok fius tu, kena bukak dia nyer cover. Tak pakai screw pun, klip biasa je.

Bateri Yamaha Nmax 155
Bacaan voltage / voltan bateri

Kalo nak check bateri ni kena la pakai multimeter atau voltmeter. Takkan rasa2 ngan tangan je! Haha. Untuk multimeter, set kan untuk bacaan voltage / voltan. Kalo ada pilihan AC ngan DC, ambik yang DC punya. Lepas tu letak probe kat terminal bateri, merah untuk terminal positif dan hitam untuk terminal negatif. Jangan letak kat atas cover getah warna merah tu, sampai ke sudah tak dapat bacaan. Kalo bacaan lebih 12.4V ok la tu jawabnya.

Untuk aku punya kes, bacaan dapat 12.56V. Memang ok. Aku suspect ni mesti masalah spark plug atau bahasa melayu nya palam pencucuh. Next post, aku share macam mana nak check spark plug pulak.

Satu lagi, kalo tak nak measure voltage macam ni, boleh pakai battery voltage indicator macam gambar kat bawah ni. Ada macam2 jenis. Ramai yang pasang sekali ngan USB port.

Bateri Yamaha Nmax 155
(Sumber gambar: Facebook Yamaha Nmax Club Malaysia YNCM)

Adios.


POST YANG BERKAITAN:

1. Servis CVT, tukar engine oil dan gear oil Yamaha Nmax 155


11 ulasan:

  1. mcm mna nk check arus pada rectifier & coil magnet bro? xpndai guna multimeter tu😬😬

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. tak pernah pulak check arus kat situ bos.

      Padam
  2. Salam bos. Kat mana nk pasang usb & volatage indicator tuh.. Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy pun tak pasang lagi. Gambar tu sy cedok dalam fb Yamaha Nmax Club Malaysia YNCM. Boleh ty diaorang.

      Padam
  3. Moto nmax anak saya tersadai kat offic dia dari kul 6.00pm start tak idup..boleh bagi info kedai terdekat dkt area tu.atau ada sesaper boleh tolong...nmax vc4863..tersadai kat klinik azzahra bangunan parsgon seksyen 1..

    BalasPadam
  4. Kalau ada info boleh wassup saya 0129511795

    BalasPadam
  5. Alhamdulullah kalau dapat membantu..bdk tu baru seminggu dok di bangi.

    BalasPadam
  6. Macamana nk buka bateri kalau suis pun jem tak leh buka sbb nk buka seat kena on suis.. Sekarang masalah NVX sy x leh pusing suis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bawah seat nvx ada lubang kunci.. Kedai bg skali kunci tu

      Padam
  7. Betri saya dah tambah air saya dah cas tapi bila pasang balik motor .asih xboleh start still weak Napa eh?

    BalasPadam
  8. Salam. Bacaan bateri bawah 12.4v kira dah nak Kong la ye

    BalasPadam