Jumaat, 23 Jun 2017

Mohon bantu adik Nur Safa Raudhah yang menderita dilahirkan tanpa tempurung kepala

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Adik Nur Safa Raudhah Sabri yang baru berusia 11 bulan, menderita dilahirkan tanpa tempurung kepala di bahagian belakang yang menyebabkan otaknya terkeluar. Mata dan telinga kiri adik ini juga tidak berfungsi dengan baik disebabkan penyakitnya dan terbaharu dia berkemungkinan menghidapi penyakit jantung berlubang.

Adik Nur Safa Raudhah
(Sumber gambar: http://www.utusan.com.my)

Sesiapa yang ingin membantu boleh me­­n­yalurkan sumbangan ke akaun Maybank atas nama Sabri Abdul Aziz (Ayah) bernombor 1570­54770709. Beliau boleh dihubungi di talian 017-4252078 / 019-4519678 atau boleh terus berkunjung ke kediaman beliau di R3, Jalan Tan­jung Tokong, Rumah Panjang Transit Sementara, Tanjung To­kong.

Berikut petikan berita online Utusan Malaysia.
"PULAU PINANG 18 Jun - Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan di Tanjung Tokong di sini, menderita dilahirkan tanpa tempurung kepala di bahagian belakang yang menyebabkan otaknya terkeluar.
Selepas tiga hari dilahirkan, doktor terpaksa menampal di bahagian kepala Nur Safa Raudhah Sabri bagi menutup bonjolan, namun permukaan tampalan itu yang lembut menyebabkan keada­an bayi tersebut semakin serius.
Ibu kanak-kanak malang itu, Che Besah Mohd. Addnan, 40, berkata, disebabkan tampalan berkenaan, kepala anaknya semakin hari semakin membesar kerana air yang mengalir ketika mandi masuk ke dalam kepala.
Tambahnya, keadaan itu memaksa pihak hospital memasang tiub saluran daripada bahagian kepala ke perut bagi memboleh­kan air yang bertakung di kawasan berkenaan mengalir dan tidak menambah saiz kepala Nur Safa Raudhah.
“Sejak tiub itu dipasang anak saya semakin tidak selesa dan kerap menangis selain tidurnya juga terganggu menyebabkan berat badannya susut kerana tidak selera makan.
“Mata dan telinga kiri anak saya juga tidak berfungsi dengan baik disebabkan penyakitnya dan terbaharu kami mendapat tahu dia berkemungkinan menghidapi penyakit jantung berlubang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Che Besah yang sebelum ini bekerja di sebuah hotel di negeri ini berkata, dia terpaksa menjadi suri rumah sepenuh masa bagi menjaga anaknya dan hanya mengharap­kan suami, Sabri Abdul Aziz, 40, yang bekerja sebagai pembancuh air dengan gaji RM70 sehari.
Sehubungan itu, orang ramai yang mahu meringankan beban keluarga ini boleh berbuat demi­kian dengan menyumbang ke akaun Maybank di nombor 1570­54770709 (Sabri Abdul Aziz).
Mereka juga boleh dihubungi di talian 017-4252078 atau 019-4519678 atau berkunjung ke ke­­diaman mereka di R3, Jalan Tan­jung Tokong, Rumah Panjang Transit Sementara, Tanjung To­kong di sini."
Boleh terus ke link berita tersebut. Klik di sini.

Adios.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan