Rabu, 22 Februari 2017

Engine Tuning / ECCS Consult Diagnostic Nissan Grand Livina 1.8

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Sebelum baca post ni, boleh baca dulu post2 kat bawah ni;

1. Penapis minyak / oil filter untuk Nissan Grand Livina 1.8
2. Automatic Transmission Fluid (ATF) untuk Nissan Grand Livina 1.8
3. Palam Pencucuh / Spark Plug untuk Nissan Grand Livina 1.8
4. Servis tukar spark plug / ATF / engine oil Nissan Grand Livina 1.8
5. Air Intake Manifold Gasket untuk Nissan Grand Livina 1.8

Macam aku dah citer dalam post yang nombor 4 tu, engine check indicator Cik Ina aku ni menyala lepas aku servis throttle body. Masalah tu memang dah dijangka berdasarkan post2 dalam facebook dsbnya. Kalo dah menyala engine check indicator tu, maknanya kena gi 'scan' kat kedai la. Macam2 term aku dengar orang cakap selain 'scan'. Gi tuning, cucuk komputer, baca ECU dsbnya lah. Boleh pilih mana yang suka. Haha.

Tapi kalo kat Tan Chong service center, diaorang panggil ECCS Consult Diagnostic. Tu pun aku tengok dekat resit2 yang sebelum ni. ECCS tu apa pulak? Pakcik google cakap ECCS tu stand for Electronic Concentrated Control System. Ni macam otak kereta la tu kot. Kalo salah tulun jangan kecam ye. Dok tanya2 member kat mana boleh buat benda ni selain kat TC, diaorang cakap ada woksyop kat Kawasan Perindustrian Bukit Raja. So, ke sana lah aku pada hujung bulan Januari yang lepas.. Dah nak basi jugak citer ni rupanya.. Hahaha.

ECCS Consult Diagnostic
Ada 2 errors yang keluar

Bila dah cucuk komputer, keluar la 2 errors (warna merah) macam gambar yang kat atas tu. Mintak maap gambar tak berapa nak nampak. Handphone murah je.. Hihi. 2 errors atau faults tersebut ialah;

1) ECM (Engine Control Module)
2) ABS (Anti-lock Braking System)

Error yang pertama tu aku rasa sebab servis throttle body dan error yang kedua tu aku tak pasti kenapa. Apa yang aku perasan, setiap kali buat diagnostic ni lepas tukar bateri, ABS mesti keluar fault punya. Kalo ada yang tahu, mintak komen kat bawah post ni ye.

Bila dah keluar result macam kat atas tu, next step ialah reset je lah. Lepas reset, konfem engine check indicator dah tak menyala dah. Untuk fault2 yang lain, kalo dah reset tak jadi jugak makna nya sensor lah yang problem. Biasa yang jadi kat Cik Ina ni, oxygen sensor problem. Rabak jugak la poket kalo nak tukar. Tapi setakat ni alhamdulillah tak pernah jadi lagi kat aku.

Adios.


POST YANG BERKAITAN:

1. Automatic Transmission Fluid (ATF) untuk Nissan Grand Livina 1.8 (Info tambahan)
2. K&W Trans-X® Automatic Transmission Stop Leak & Tune-Up - Gear Treatment


9 ulasan:

  1. Ape nama kedai kat bukit raja tu

    BalasPadam
  2. Beli obd2 kat lazada buleh reset.. jimat.. baru 20 hengget

    BalasPadam
  3. Bpe kos sc caj utk tune ECM?dn kos koskoset

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalo check saja RM25. Tak pernah lak reset kat SC.

      Padam
  4. Salam,
    Mohon pendapat.
    Cik ina sya dh 3 kali tukar gearbox.
    Sakit dia,
    tgh top speed Tiba2 gear jdi drop,pstu gear dh xmau tkr,
    pstu nk reverse pon dh xbleh.masuk N bila tolak pon xnk pegi. Mcm dh lock gear. Pala tintong xtau nk buat apa dh, Pomen pon dh surrender, xtau punca Bleh jdi cmtu. Bleh plk dia suh tkr enjin n ecu, tolong otai2 bgi pendpt, agk2 sakit apa ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau area lembah klang, try hantar kete kat JV Auto Resources, Kawasan Perindustrian Bukit Raja, Seksyen 7, Shah Alam.

      Padam
  5. Brape kos scan n clear fault tu tu ?

    BalasPadam