Jumaat, 7 April 2017

Bayar cukai tanah Pejabat Tanah & Galian Negeri Kelantan guna Maybank2u

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Sebelum ni aku ada cite macam mana nak buat semakan cukai tanah di Kelantan secara online (klik di sini). Untuk post kali ni, aku nak cite pulak cara nak bayar cukai tanah tadi menggunakan Maybank2u. Pertama2 sekali kena log in masuk ke akaun Maybank2u korang.

Bayar Cukai Tanah Kelantan

Bila dah keluar muka depan Maybank2u cam kat atas ni, korang klik je kat "Accounts & Banking" tu.

Bayar Cukai Tanah Kelantan

Lepas tu klik pulak link "Bill Payment"

Bayar Cukai Tanah Kelantan

Klik link "Make a one-off payment".

Bayar Cukai Tanah Kelantan

Lepas tu klik kat scroll down menu tu. Scroll down sampai jumpa "Quit Rent (Cukai Tanah)". Klik kat "Quit Rent (Cukai Tanah)", pastu klik "Continue".

Bayar Cukai Tanah Kelantan

Akan keluar interface cam gambar kat atas ni pulak. Kena pilih "Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Kelantan" kat scroll down menu tu. Klik "Continue".

Bayar Cukai Tanah Kelantan

Lepas tu kena isi berapa jumlah korang nak bayar, No Hakmilik dan Contact No. Korang boleh refer post yang sebelum ni untuk cara dapatkan No Hakmilik. Klik "Continue".

Bayar Cukai Tanah Kelantan

Klik butang "Request for TAC" untuk dapatkan nombor TAC. Pastikan semua maklumat betul. Masukkan nombor TAC dan klik "Confirm".

Bayar Cukai Tanah Kelantan

Dah siap bayar! Kalo nak print, klik "Print receipt". Semoga bermanfaat.

Adios.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan