Khamis, 19 Januari 2017

Automatic Transmission Fluid (ATF) untuk Nissan Grand Livina 1.8

Assalamualaikum dan salam sejahtera gengs!

Dalam post sebelum ni (klik di sini) aku ada cite pasal Oil Filter untuk Cik Ina ni kan. So untuk post ni aku nak cite pasal ATF atau minyak gear auto yang aku beli kat kedai spare part. ATF untuk kete Grand Livina ni kena tukar setiap 40,000km.

Sebenarnya aku nak beli sekali dengan gear treatment Trans X, tapi takde stock pulak. Bukan apa Cik Ina aku ni dah mula ada sindrom gear termenung. Bila masuk gear D je, ada delay dalam 2-3 saat baru dia gerak. Mintak2 takde la kena tukar gear box. Beriban pulak habis. Huhu.

So, ATF yang aku beli ni jenama Nissan Matic D. Satu botol ada 1 liter, kena beli 4 botol. Satu botol harganya dalam RM25-27. Harga yang aku dapat RM25, total RM100. Tapi pakai dalam 3 botol setengah je. Yang lebih tu buat spare untuk next change.

Nissan ATF Matic D
Ni lah barang nye

Nissan ATF Matic D
Diimport oleh Idemitsu Lube (M) Sdn Bhd dan diedarkan oleh 
Tan Chong & Sons Motor Co Sdn Bhd

Sama gak kes yang oil filter tu sebelum ni, aku curios gak macam mana nak tau minyak ni genuine ke fake? So aku try la google2 pasal Idemitsu Lube (M) Sdn Bhd ni. Jumpa la contact number kat website Idemitsu Lube ni. So, aku pun whatsapp lah nombor tu.

Idemitsu Lube
Mesej whatsapp ke Idemitsu Lube 

Dan dia reply cakap dah forward pertanyaan aku ni ke PIC dan PIC tu akan contact aku balik. Dan seperti yang dijangkakan, sampai aku tulis post ni, takde orang pun contact balik. Hahaha.

So terpaksalah aku bersangka baik dengan minyak yang aku beli tu. Dan macam aku cakap sebelum ni, next time aku nak gi beli sendiri kat Tan Chong & Sons Motor Co Sdn Bhd di Batu Caves. Cukup lah dulu setakat ni.

Adios.


BACA:

1. Palam Pencucuh / Spark Plug untuk Nissan Grand Livina 1.8

3 ulasan:

  1. Salam bro, GL 1.8AT pakai berapa liter ATF ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Kalo tak silap dalam 3.5L sbb biasa tengok pomen masukkan 3 botol setengah.

      Padam
  2. Slmt pagi tn..sy pernah pakai minyak nii dulu. sampai lbh krg 17000km gear box ada problem. Bila tekan pedal..rpm rev tinggi tp keta x gerak. Pernah sekali masa nak overtake, rpm naik tapi keta x nak lari. Sy tukar balik pkai atf drp TC baru ok. Kmdn hrga sebotol sy beli dulu dlm rm105 x 4. Bingung sekejab. Apa pun terima kasih sbb share info dlm blog.
    -> silverbullet Borneo

    BalasPadam